TV Okey Dilancarkan Di Sabah dan Sarawak

KOTA KINABALU, 21 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pelancaran saluran baharu RTM menerusi TV OKEY memberi lebih banyak ruang untuk menyiarkan mesej yang lebih berkesan menerusi bahasa tempatan Sabah dan Sarawak.

(Gambar Atas) Najib dan Rosmah bersama Musa (tiga kanan) dan Abang Johari (dua kanan) pada Majlis Pelancaran Saluran TV Baharu RTM menerusi TV OKEY di Kota Kinabalu. FOTO – Harian Metro Online

Beliau berkata, ini kerana selain menggunakan bahasa kebangsaan, penggunaan bahasa tempatan dilihat antara cara berkesan untuk menyampaikan apa juga mesej kepada rakyat.

“€œDi Sabah sahaja, kita mempunyai lebih 52 etnik manakala Sarawak 27 etnik dengan 50 bahasa. Disebabkan itu, saya tertarik dengan nama saluran baharu ini – OKEY. Bagi kita apa yang penting rakyat rasa okey, jadi kita pun akan rasa okey,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata industri kreatif adalah salah satu daripada Projek Permulaan (EPP) menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yangmensasarkan peluang sebanyak 10,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan sasaran pendapatan RM3.04 bilion.

Terdahulu, Salleh yakin kemunculan TV OKEY itu mampu menerokai khazanah dan potensi industri kreatif di Sabah serta Sarawak.

“€œIa juga landasan yang kukuh dalam usaha penyatuan dan kestabilan negara. Adalah menjadi harapan agar TV OKEY dapat memenuhi elemen penting yang ada di dalamnya iaitu memberikan Opportunity (Peluang), Knowledge (Ilmu), Experience (Pengalaman) dan semua ini dibuka seluas-luasnya untuk anda (Yours).

“€œKandungan dan perisian TV OKEY direka dengan begitu teliti, agar ia mampu memenuhi citarasa penontonnya. Ia juga dibentuk untuk disesuaikan dengan penyiaran TV digital yang akan dimulakan tidak lama lagi, apabila berlakunya peralihan daripada siaran analog kepada digital,” katanya.

Saluran TV OKEY boleh diikuti di platform Astro 109 dan MyFreeview 110 serta di aplikasi RTM mobile.

SUMBER – Petikan berita daripada Harian Metro Online (21 Mac 2018 | 10:17 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.