Tragedi Berdarah Kalabakan 1963

Kejadian berdarah yang dikenali sebagai peristiwa Kalabakan yang berlaku pada 29 Disember 1963 tidak jauh dari sempadan Kalimantan, Indonesia, kira-kira 48 kilometer dari sempadan tersebut. Peristiwa berdarah ini berlaku selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang dicetuskan oleh Indonesia kerana tidak berpuas hati dengan kemasukan Sabah dan Serawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada ketika itu. Tragedi berdarah ini merupakan satu peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan.

tragedi-kalabakan

Peristiwa Kalabakan telah menjadi satu titik hitam dalam lipatan sejarah Regimen Askar melayu (RAMD) kerana telah mengorbankan seorang pegawai dan tujuh anggota platun 1 Kompeni A3 RAMD terkorban, manakala 18 orang anggota lagi tercedera parah. Tempat terjadinya peristiwa ini berlaku berdekatan dengan tebing Sungai Kalabakan iaitu kira-kira 30 batu ke utara Tawau dan 12 batu ke utara sempadan Kalimantan, Indonesia.

Di kawasan ini terletak dua penempatan kecil Pasukan Keselamatan Malaysia yang merupakan penempatan Pasukan Polis Hutan dan penempatan tentera yang terletak di lereng bukit. Kedua-dua penempatan ini dipisahkan oleh jarak 400 ela sahaja. Penempatan pollis dipagari dengan dawai berduri yang mempunyai kekuatan 15 orang tentera, manakala penempatan pasukan tentera tidak berpagar yang terdiri daripada anggota platun 1 Kompeni A dan kemudiannya disertai oleh seksyen dari Palatun 10 Kompeni C RAMD ditempatkan di situ. Kawasan perkhemahan ini terletak suatu kawasan lereng tanpa sistem keselamatan serta pertahanan yang lengkap. Ini berlaku kerana ketiadaaan bekalan peralatan walaupun usaha mendapatkannya telah berulangkali dilakukan.

tentera-kalabakan

Menurut catatan laporan, seramai 130 orang tentera Indonesia daripada pelbagai pasukan bergerak dari Kalimantan menyusup ke kawasan Malaysia pada pertengahan bulan Disember 1963. Pasukan ini dalam perjalanan menuju Selimpopon melalui Tarakan untuk ke Kem Balak Teck Guan berdekatan Kalabakan. Mejar Zainol Abidin bersama dua seksyen dari Kompeni C digerakan ke penempatan plantun 1 Kompeni A di Kalabatan pada 29 Disember bagi memperkuatkan lagi unit berkenaan. Tiga buah kubu telah dibina bagi menghadapi sebarang ancaman, setiap satu kubu dijaga oleh tiga orang.

Leftenan Kolonel Raja Shaharudin kini telah bersara mengatakan bahawa beliau menerima maklumat yang menyatakan bahawa sata kumpulan tentera Indonesia sedang bergerak dari Kalimantan menyusup masuk ke Malaysia. Beliau juga menerima maklumat bahawa tentera indonesia telah merampas barang-barang dari sebuah kedai di kawasan Serudong Laut. Mereka dikatakan sedang bergerak ke arah Kalabakan. Tidak beberapa lama selepas itu satu tembakan kedengaran memecah kesunyian malam dan kemudiannya diikuti pula oleh bunyi tembakan bertubi-tubi tanpa henti. Pada ketika itu saya (Leftenan Kolonel) dan beberapa anggota keluar untuk melihat pergerakan anggota tentera Indonesia, mereka mula melepaskan tembakan dan melemparkan bom tangan kearah kami.

kalabakan-tragedy

Semua anggota bertempiaran lari menyelamatkan diri memcari tempat perlindungan. Sarjan Abdul Aziz berjaya menerjunkan diri ke dalam kubu dan berada bersama ketua Platun dan dua anggota lagi. Kami membalas tempakan dan turut melontarkan bom tangan ke arah pihak lawan, seketika kemudian saya memerintahkan anggota agar keluar memcari perlindungan dan jangan melepaskan tempakan kecuali apabila melihat pihak musuh.

Tembak-menembak berhenti sekitar jam 11 malam, kata Leftenan Kolonel Raja Shaharudin. pada 30 Disember 1963 satu platun bantuan yang diketuai oleh Leftenan Muda Wan Nordin Wan Mohammad samapi ke lokasi Kalabakan kira-kira jam 3.30 pagi. Anggota yang tiba diarahkan mengumpul anggota yang terkorban dan tercedera sambil memberi rawatan yang termampu. Apabila menjelang pagi mereka mula memantau kawasan sekeliling bagi mengumpul mayat dan anggota yang tercedera untuk dimaklumkan kepada markas batalio. Setelah pemeriksaan dilakukan, lapan anggota termasuk ketua kompeni disahkan terkorban, manakala 18 anggota lagi tercedera.

memorial_tragedy

Anggota RAMD yang terkorban ialah: Mejar Zainol Abidin, Las Koperal Abdullah, Prebet Abdul Aziz, Prebet Ismail, PRebet MOhamad Zain, Prebet Ismail, Prebet Yusof dan Prebet Shamsuddin. Manakala anggota yang bercedera ialah: Pegawai Waran Dua Awaluddin, Sarjan Ab. Aziz, Las Koperal Osman, Las Koperal Isa, Prebet Che Amat, Prebet Abdul Ghani, Prebet Shukri, Prebet Mohamed Nafiah, Prebet Mohamad Nor, Prebet Yaacob, Prebet Mohamad Arfah, Prebet Ariffin, Prebet Abdul Wahab, Prebet Yahya, Prebet Mat Sa’at, Prebet Ab. Karim, Prebet Bidin dan Prebet Mat Saad

Mengikut Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin, beliau menahan Sulaiman yang datang pada lebih kurang pukul 8.00 pagi itu. Saya mendapati tiga kelongsong peluru terselit di pinggangnya, ketika memeriksa laras senjatanya, saya mendapati laras senjara tersebut masih berbau serta ada kesan yang menunjukkan senjata tersebut telah digunakan. Sulaiman diserahkan kepada pihak Polis Kalabakan.
Sebelum itu, saya telahpun menahan seorang lelaki yang saya jumpai berjalan di hadapan pejabat Burma Timber Company pada pukul 4.oo pagi itu.

kalabakan_tragedy

Sebuah helikopter tiba ke tempat kejadian pada pukul 11.00 pagi dan 30 Disember bagi mengeluarkan anggota yang tercedera dan terkorban. Anggota tercedera diterbangkan ke Hospital Tawau, manakala yang terkorban diterbangkan pula dari Tawau ke Labuan dengan Pesawat Dakota. Pesawat Dakota sampai ke Labuan pada waktu malam. Penduduk tempatan di labuan telah membantu memandikan dan menyempurnakan jenazah sebelum jenazah diterbangkan balik ke Semenangjung keesokan paginya. Ketibaan jenazah di Lapangan Terbang sungai Besi disambut oleh para Menteri Kabinet dan Pegawai tinggi Tentera juga para pembesar negara. Dari Kuala Lumpur jenazah dibawa pula ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Pasukan 1/10 Gurkha pimpinan Lieutenant Colonel Burnett dikejarkan ke Kalabakan bagi membantu 3 RAMD membuat penggeledahan Kalabakan. Berikutan itu, pada 12 Januari 1964, seramai 22 orang Tentera Indonesia berjaya dibunuh disamping banyak yang telah ditangkap. Batalion ini berjaya menangkap 3 orang anggota Indonesia.

kalabakan_tragedy

Walaupun bilangan yang ditawan itu agak kecil jumlahnya, tetapi ia telah membantu pasukan dalam operasi selepas itu. Beberapa kawasan di Tawau telah diisytiharkan sebagai kawasan terhad bagi memudahkan operasi pasukan keselamatan. Pada 27 Januari, satu kumpulan ronda dari Kompeni B di bawah pimpinan Leftenan Muda Ishar bin Sham menjumpai satu perkhemahan tentera Indonesia dan pertempuran berlaku. Seorang anggota TNI berjaya dibunuh, dua pucuk senapang, 12 butir bom tangan dan sejumlah peluru berjaya dirampas.

Platun 6 di bawah pimpinan Leftenan Muda Abdul Aziz bin Shaari ketika membuat serang hendap di Merotai Estet pada 28 Januari berjaya membunuh tiga orang anggota Indonesia, selepas menghadapi satu pertempuran sengit dengan mereka. Sehingga 10 Februari, seramai 29 anggota musuh berjaya dibunuh, 33 ditawan, manakala 22 menyerah diri. Selain itu, operasi di Pulau Sebatik terus dilakukan. Pada 25 Januari, Presiden Soekarnao bersetuju mengisytiharkan gencatan senjata. Walau bagaimanapun, anggota pasukan Keselamatan diperingatkan agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemberhentian pertempuran telah dipersetujui di majlis perdamaian yang diadakan di Bangkok antara Malaysia dan Indonesia.

kalabakan_tragedy

Oleh kerana kegagalan persidangan damai di Bangkok, keadaan menjadi tegang semula dan perhatian penuh mula ditumpukan semula di perbatasan. Penyusupan dan tembakan tentera Indonesia di Pulau Sebatik menyebabkan Kompeni A dihantar membantu Kompeni C di situ. Kampung Sungai limau merupakan salah satu tempat yang menjadi pusat pergerakan tentera Indonesia. Pada 19 April seorang anggota musuh berjaya dibunuh oleh satu seksyen yang membuat serang hendap. Penyusup telah cuba menawan kedudukan satu platun yang ditugaskan di situ pada 20 April, tetapi gagal kerana platun terlibat telah membuat pertahanan yang teguh di kedudukan mereka. Walau bagaimanapun gerakan tentera Indonesia berjaya dikalahkan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.