Sungai Batu Bersusun Kampung Balung Cocos, Tawau

Daerah Tawau mungkin tidak sepopular tempat pelancongan lain di Sabah seperti Pulau Sipitang, Kota Belud, dan Pulau Manukan di Kota Kinabalu. Namun begitu, daerah Tawau juga terdapat banyak tempat menarik yang tidak diketahui umum. Jadi jika anda merancang untuk ke Tawau, Sabah jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat-tempat yang menjadi tarikan semulajadi di Tawau. Kebanyakkan tempat pelancongan yang terdapat di Tawau lebih tertumpu kepada tarikan alam semulajadi yang masih asli dan terjaga dengan sangat baik.

batu_bersusun

Bagi pencinta alam sekitar, jika anda mencari tempat yang menarik dan yang mempunyai keunikan yang tersendiri, anda boleh berkunjung ke Sungai Balung, merupakan salah satu tempat menarik yang paling unik di Tawau. Tempat ini sememangnya bukanlah sebuah pulau, tapi apa yang menariknya di sungai ini terdapat sususan batu yang tersusun sendiri sejak beribu-ribu tahun yang lalu, dianggarkan sususan batu ini telah berusia 27 ribu tahun lama.

sungai_bersusun

Di sepanjang Sungai Balung ini terdapat beratus-ratus batu yang berbentuk portagon yang tersusun dengan sendirinya. Batu-batu ini seolah-olah diukir dan disusun oleh manusia tapi hakikatnya ianya terjadi disebabkan oleh pembentukan semulajadi, pembentukan batu ini dikatakan terjadi disebabkan oleh penyejukan aliran magma beberapa ribu tahun dulu selepas letusan gunung berapi. Semua bongkah batu yang terdapat di sungai ini berbentuk segi lima atau segi enam dan mempunyai saiz yang hampir sama.

Menurut rakyat setempat, mereka yakin jika kawasan ini dimajukan dengan baik, tempat ini mampu menjadi salah satu tempat pelancongan yang akan bercirikan eko-pelancongan terkenal di bahagian pantai timur sabah yang akan dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara. Bongkah batu ini dikatakan terjadi selepas meletupnya gunung berapi yang mempunyai ketinggian 1,183 mater dari aras laut dan terletak kira-kira 24 kilometer di utara daerah Tawau ini.

Batu Bersusun

Kini lokasi ini telah menjadi destinasi pilihan pelancong yang datang ke Sabah. Lokasi sungai ini terletak 21.9kilometer dari bandar Tawau, masa yang diambil untuk sampai di Batu Bersusun ini memerlukan masa selama satu jam lima belas minit termasuklah dengan melalui jalan kampung yang tidak berturap. Di Batu Bersusun ini terdapat aktiviti bermotosikal yang dianjurkan oleh kelab Tawau Motord Club. Aktiviti ini merupakan salah satu tarikan yang menarik kepada pengunjung yang terdapat di Batu Bersusun.

Menurut penduduk kampung Cocos tempat ini sudah lama mereka ketahui akan kewujudannya, tetapi malangnya tiada langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk memperbaiki dan menjadikan Sungai Batu Bersusun ini sebagai salah satu destinasi pelancongan. Mereka percaya bahawa jika tempat ini dimajukan ianya mampu meningkatkan ekonomi negeri Sabah amnya penduduk berkenaan. Lebih menariknya batu yang Bersusun sendiri ini hanya terdapat di Tawau, tempat-tempat lain di Sabah atau di Malaysia sekalipun tidak memiliki keunikan batu bersusun seperti ini.

sungai_batu

Selain keunikan bongkah batu berkenaan, pengunjung juga akan dapat melihat dan merasai sendiri corak kehidupan dan kebudayaan suku kaum Cocos yang boleh disaksikan melalui “tarian dansa”, “tarian melengok” dan “tarian samba” (seperti joget). Semua tarian ini mampu menjadi tarikan yang tersendiri kepada pelancong untuk datang ke sini. Pelancong yang datang dari dalam atau luar negeri yang berkunjung ke Kampung Cocos boleh tinggal sehingga tiga malam di perkampungan ini dan sepanjang keberadaan mereka, mereka akan disajikan akan dengan pelbagai produk pelancongan dalam pakej yang disediakan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.