Seram Dikejar Hantu Penanggal Di Sabah

Pernahkah anda mendengar tentang apa itu penanggal? Apakah itu penanggal, adakah hantu, syaitan ataupun manusia jadi-jadian?. Menurut cerita yang disampaikan oleh penduduk Kota Belud, Penanggal adalah seseorang manusia yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengekalkan kecantikan dan berumur panjang. Di Sabah, penanggal dikenali sebagai balan-balan, namun mereka menyebutnya sebagai B kuasa dua. Ini kerana masyarakat percaya bahawa jika menyebut atau menggunakan perkataan balan-balan ia akan datang kepada orang yang menyebutnya.

di_kejar

Untuk pengetahuan pembaca setia urangsabah.com. terdapat satu kisah seram yang pernah diceritakan oleh seorang kawan kepada saya dan kisah seram yang dicerikan ini berkaitan dengan balan-balan yang terdapat di Sabah. Kisah seram ini dialami oleh sebuah keluarga yang telah menjadi mangsa mainan balan-balan atau penanggal.

Berikut merupakan kisah seram yang diceritakan, Seingat saya kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu, mungkin sekitar tahun 2012 atau tahun 2013. Menurut kawan saya yang menceritakan sendiri kisah seram beliau, pada suatu malam beliau baru balik dari menghadiri satu majlis kesyukuran yang dibuat dirumah ibu mertuanya. Pada malam itu, beliau bersama-sama isteri dan anak lelakinya pulang ke rumah dengan menggunakan satu jalan yang agak sunyi dan gelap.

Dikejar_balan_balan

Seperti biasa beliau memandu dengan tenang sepanjang perjalanan pulang sebelum tiba-tiba semasa melewati sebuah kedai yang berhampiran dengan jalan di kampung tersebut, anak lelakinya telah melihat sesuatu yang seakan-akan menyerupai penanggal yang sedang mengelilingi dan berlegar-legar di tiang lampu yang tidak beberapa jauh dari tempat mereka sekeluarga.

Penanggal tersebut seolah-olah tidak mengendahkan kehadiran mereka sekeluarga, sehinggalah dengan tiba-tiba anaknya menegur benda tersebut dengan bertanya kepada isteri beliua apakah benda yang sedang terbang mengelilingi tiang lampu tersebut. Seperti mendengar pertanyaan anak lelakinya, penanggal tersebut dengan tiba-tiba terus mengekori dan mengejar kami sekeluarga dari belakang kereta yang dipandu oleh beliau sehingga menyebabkan anak lelakinya menangis ketakutan.

penanggal

Isteri beliau yang awalnya menyangka penanggal yang terbang mengekori kami adalah seekor burung, turut menangis ketakutan dan mengarahkan beliau supaya memandu dengan lebih laju lagi. Walaupun sudah beberapa kilometar beliau memandu dengan laju, penanggal tersebut masih lagi mengejar dan mengekori kami sekeluarga. Untuk menenangkan keadaan yang mula panik dengan suara tangisan anak dan isteri, beliau mula membaca beberapa potong ayat dari ayat suci Al-Quran serta ayat Kursi yang saya ingat sebagai pendinding dan memohon perlindungan dari Allah.

Namun beliau merasakan bahawa semua itu sia-sia kerana penanggal tersebut semakin agresif dan bertambah ganas, mungkin kerana ayat yang beliau baca kurang betul kerana diselubungi perasaan takut. Penanggal itu tiba-tiba menghentuk-hentuk kepalanya di tingkap kereta seakan-akan cuba untuk memecahkannya. Penanggal tersebut terbang beriringan dengan kereta yang dipandu oleh saya, sambil memerhatikan kami sekeluarga satu-persatu melalui tingkap kereta. Oleh kerana terlampau takut, beliau tidak berani untuk melihat ke arah tingkap untuk melihat wajah penanggal itu.

Penanggal

Bagaimanapun, ketakutan dan saat-saat cemas itu berakhir tidak lama selepas itu kerana terdapat sebuah kereta yang dipandu dari arah bertentangan telah memberikan hon seperti ingin memberitahu dia juga terlihat penanggal tersebut. Oleh sebab lampu terang dari kereta tersebut dan bunyi hon itu, penanggal tersebut berubah arah dan mengejar pula kereta yang telah memberikan hon itu kepada kami. Mungkin Penanggal tersebut berfikir bahawa hon itu dibunyikan untuknya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.