Sejarah Tambunan, Sabah

Pada tahun 1946 Tambunan mempunyai sebuah pejabat yang diketuai oleh seorang ketua kerani yang diletakkan dibawah pentadbiran Pejabat daerah Keningau suatu masa yang lalu. Pada ketika itu, Pejabat pentadbiran di Tambunan akan dilawat sebulan sekali oleh Pegawai Daerah Keningau. Tiga tahun selepas Perang Dunia Kedua, Tambunan telah dinaiktaraf kepada Pentadbiran Pejabat daerah iaitu pada tahun 1948.

perkampungan

Daerah Tambunan suatu ketika dahulu hanyalah sebuah kawasan yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Hutan ini dipenuhi oleh oleh pokok-pokok kayu yang besar dan tinggi dan dihuni oleh pelbagai jenis binatang dari sekecil-kecil binatang hinggalah kerbau liar Borneo. Pada ketika itu, tiada seorang manusia pun yang menjadi penghuni kawasan ini. Namun begitu, beberapa tahun kemudian terdapat beberapa orang telah meneroka kawasan ini, mereka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa dari mereka menetap di Tambunan.

Mengikut cerita lisan yang disampaikan oleh penduduk Tambunan, kumpulan pertama yang berhijrah ke Tambunan dan membuka daerah ini diketuai oleh seorang pahlawan yang bernama Gombunan. Gombunan merupakan seorang pahlawan dari suku puak Nunukragang. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan dan sangat mengambil berat perihal orang bawah jagaannya. Beliau menerokai kawasan ini bersama keluarga dan pengikut setianya, memandangkan kawasan ini memiliki tanah yang subur mereka mula bercucuk tanam. Antara tanaman awal yang mereka usahakan adalah seperti padi huma, jagung, ubi kayu, labu dan keladi yang merupakan aktiviti utama mereka pada ketika itu, tanaman ini biasanya diusahakan oleh kaum wanita.

kg_tambunan

Bagi Kaum lelaki pula, mereka menjalankan aktiviti memburu binatang liar dihutan. Antara binatang buruan mereka ialah seperti tupai, rusa, babi hutan dan sebagainya. Selain itu, mereka juga memungut buah-buahan dan pucuk-pucuk kayu yang boleh dimakan. pada ketika ini penduduk hidup aman dan harmoni, saling menjaga dan mengambil berat antara satu sama lain. Bilangan penduduk semakin bertambah dari masa ke semasa menyebabkan mereka terpaksa membersihkan kawasan baru untuk dijadikan kawasan menanam dan untuk membuat rumah. Penduduk kampung mengelarkan golongan mereka sebagai orang dataran (daratan tambunan) kawasan ini mula muju seiring dengan pertambahan penduduk, mereka hidup aman damai dan harmoni di bawah pimpinan Gombunan.

Namun Begitu Keamanan dan kedamaian ini tidak berkekalan kerana perkampungan mereka diganggu oleh pahlawan yang ganas dan jahat dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan yang berbukit-bukau dari kawasan timur. mereka menyerang orang dataran, memusnahkan tanaman dan harta benda penduduk kampung, puak Tonsundung juga telah membunuh sebahagian daripada penduduk kampung. Hal ini telah membangkitkan kemarahan Gombunan dan pahlawan lainnya, Gombunan dan pengikutnya telah bertindak menghalau puak Tonsundung dan membunuh beberapa orang dari penyerang tersebut. Puak Tonsundung telah mengalami kekalahan dan kecederaan yang teruk telah melarikan diri ke dalam hutan.

Tambunan

Puak Tonsundung yang tidak terima mereka dikalahkan oleh Gombunan dan orang-orangnya telah merancang untuk membalas dendam dengan membunuh Gombunan. Pada suatu hari 30 orang Pahlawan Tonsundung telah menyerang Gombunan yang ketika itu berada di ladangnya sendirian. Berlaku perlawanan yang sengit diantara Gombunan dengan Pahlawan Tonsundung, pertempuran ini berakhir dengan terbunuhnya Gombunan. Pahlawan Tonsundung telah memenggal kepala Gombunan dan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang-orang Tonsundung membaca mentera dan memperolok kematian ketua orang dataran.

Orang daratan yang mengetahui tentang terbunuhnya ketua mereka amat berduka cita, mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormati ketua mereka Gombunan. Mereka telah bersumpah untuk membalas dendam atas kematian Gombunan. Sebagai mengenang jasa Gombunan yang telah menjaga mereka, mereka telah menamakan kampung itu sebagai GOMBUNAN. Tidak beberapa lama selepas kejadian itu, satu lagi puak dari kawasan berbukit di sebelah barat telah datang berhijrah di dataran, mereka merupakan puak Tamadon, puak Tamadon sangat ramah dan mengambil berat terhadap puak Gombunan. Orang-orang Tamadon berjanji untuk membantu mereka membalas balik perbuatan puak tonsundung.

Tambunan

Puak tamadon dan puak Gombunan telah bergabung untuk memerangi puak Tonsundung. Pada masa yang sama puak Tonsundung juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan. Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon. Tibalah saat yang dinanti-nanti, puak tonsundung telah datang ke daratan untuk membunuh puak Gombunan, mereka terkejut apabila menyedari puak Gombunan bertambah ramai. Pertempuran yang sengit pun berlaku mengorbankan banyak nyawa, Pertempuran ini berakhir dengan kekalahan puak Tonsundung, ramai orang-orang Tonsundung yang mati, mereka yang selamat melarikan diri ke dalam hutan yang berhampiran.

Tambunan

Puak Gombunan dan puak Tamadon telah merayakan kemenangan mereka dengan mengadakan pesta besar besaran, makanan dan minuman tapai di hidangkan dengan banyaknya. Kemuncak dari upacara itu, penduduk kampung menamakan semula kampung mereka dari nama Gombunan di tukar kepada nama Tambunan. Nama Tambunan diambil dari nama ketua kedua-dua belah pihak iaitu Tam diambil dari nama Tamadon dan BUNAN diambil dari nama Gombunan. Nama Tambunan kekal sehingga ke hari ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.