Sejarah Ringkas Dan Asal Usul Nama Ranau, Sabah.

Ranau merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah. Pada tahun 2000 jumlah penduduk Ranau dianggarkan lebih 70,649 orang. Daerah Ranau dikelilingi oleh tujuh daerah lain seperti Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Pitas, Kota Merudu dan Beluran. Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T. Keluasan daerah Ranau ini ialah seluas 3,555.51km persegi.

ranau

Untuk pengetahuan pembaca setia urangsabah.com semua, asal-usul nama Ranau berasal dari perkataan ‘RANAHON’ yang bermaksud kawasan sawah padi. Masyarakat Kadazandusun yang tinggal di daerah Ranau menjalankan aktiviti menanam padi huma atau padi bukit, bersesuaian dengan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau. Manakala bagi mereka yang tinggal di kawasan lembah Ranau, mereka akan menguasahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan disebut sebagai ‘RANAHON’. Nama ‘RANAHON’ telah disingkatkan dan dipendekkan menjadi ‘RANAU’, kebetulan kawasan ini semakin berkembang dan membangun menjadi pusat pentadbiran daerah dan nama RANAU telah diambil sebagai pengenalan daerah tersebut.

Pada awalnya Daerah Ranau hanyalah sebuah daerah kecil dari daerah Tambunan dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960-an. Ranau merupakan sebuah kawasan yang berbukit-bukau, antara ciri-ciri utama kawasan ini ialah banjaran Crocker dan kemuncak Pinousuk di bahagian utara, Lembah Ranau di timur dan banjaran trus Madi serta Tanah Tinggi Labuk di bahagian selatan.

tanaman-padi-ranau

Sungai utama yang berada di kawasan ini ialah Sungai Liwagu, secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa daerah Ranau bercirikan ‘undulating’ (mengalun dan berombak di tempat dan kawasan tertentu) dan dataran lembah, tanah baralun dan bergunung ganang atau berbukit-bukau di kebanyakan tempat di daerah berkenaan. Ranau mempunyai cuaca atau beriklimkan lembap dan sejuk di sepanjang tahun.

Untuk pengetahuan pembaca urangsabah.com juga, Ranau merupakan sebuah daerah pelancongan yang terkenal bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa. Antara tempat-tempat yang menjadi tarikan kepada pelancong di daerah ini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Sabah Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan pelbagai gerai sayur, bekas lombong tembaga Mamut. lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan (pasar seharu sekali dalam sebulan) dan banyak lagi.

pekan-ranau-sabah

Sebahagian kegiatan ekonomi di Ranau ialah kegiatan penanaman koko. Seluas 1838 hektar tanah telah ditanam dengan koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyeru 1,631 petani koko di Ranau menggunakan benis koko bermutu tinggi. Biji koko kering lebih tinggi harganya berbanding harga koko basah. LKM menggalakkan pembuatan coklat buatan tangan dan industri biskut berasaskan koko. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia Tan Sri Bernard Dompok mahu Ranau terkenal dengan industri koko.

Daerah Ranau kini sedang pesat membangun dan semakin maju dari tahun ke tahun, banyak bangunan yang besar dan tinggi yang dibina di sepanjang jalan di Ranau, Sabah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.