Sejarah Awal Kemasukan Agama Islam Di Sabah

Kedatangan dan kemasukan agama Islam di Sabah mempunyai banyak pendapat atau pandangan. Pendapat pertama mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Sabah bermula pada zaman penjajahan British iaitu pada abad ke-14.

Seorang pendakwah dari Sulawesi telah sampai ke Sabah dan menyebarkan risalah Islam ini di lahad Datu. Bukti yang menyokong pendapat ini ialah terdapat manuskrip yang mengesahkan kedatangan awal Islam yang berlaku di Lahad Datu. Pendapat lain mengatakan bahawa Islam memasuki negeri Sabah pada abad ke-10 dan mula bertapak kukuh pada sekitar tahun 1300.

Sekitar abad ke-16, perkembangan Islam semakin meluas, pada waktu ini negeri dibahagikan kepada tiga zon iaitu kawasan di bawah kuasa de facto kesultanan Islam di Brunei yang meliputi daerah Pandasan hingga daerah Kimanis. Wilayah kekuasaan Islam Kesultanan Sulu pula ialah dari Teluk Marudu hingga Sungai Sibuga. Selebihnya merupakan kawasan bebas iaitu dari pantai Pandasan hingga ke Teluk Marudu yang berada di bawah kekuasaan pembesar-pembesar Islah yang berketurunan Syerif. Manakala pedalaman Sabah dikuasai oleh ketua kaum pribumi Sabah.

Sejarah Awal Kemasukan Agama Islam Di Sabah

Masjid Bandar Kota Kinabalu menjadi kebanggaan warga Kota Kinabalu. Ia dibuka setelah pengistiharan Kota Kinabalu sebgai Kota Kinabalu.

Penduduk yang telah menerima dan memeluk agama Islam biasanya mendiami kawasan persisiran Pantai Barat Sabah. Manakala, suku kaum Brunei dan Kadayan yang beragama Islam menetap di Labuan, Sipitang, Weston, Beaufort, Kuala Penyu, Menumbuk, Membakut, Bongawan, Kimanis dan Papar. Suku kaum Bajau yang beragama Islam pula menetap di Papar, Kawang, Kinarut, Putatan, Tanjung Aru, Inanam, Menggatal, Mengkabong, Tuaran hingga Kota Belud dan Kawasan utara Kudat Dan Pulau Banggi.

Perkembangan dan penyebaran Islam di Sabah mengalami sedikit kesukaran untuk menarik minat suku kaum lain ke arah Islam. Contohnya kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus yang hidup di daratan dan tidak bergantung dengan laut. Suku-suku kaum ini biasanya bercucuk tanam dan mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka mengamalkan kehidupan nomad atau berpindah-randah di kawansan bergunung atau berbukit dan kawasan tempat tinggal mereka sukar untuk dikunjungi oleh pendakwah Islam kerana terpisah jauh dan juga kerana mereka mengamalkan kehidupan nomad.

Sejarah Awal Kemasukan Agama Islam Di Sabah

Nama Haji Yaakub diabdikan disalah sebuah jalan yang terdapat di Kota Kinabalu.

Untuk pengetahuan pembaca setia urangsabah.com sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, daerah Putatan pernah menjadi tempat penghijrahan ulama dari Kelantan iaitu Haji Yaakub bin Haji Ali bin Abdullah pada tahun 1910an. Haji Yaakub pernah mengembara dan menyebarkan risalah Islam ke Melaka, Selangor, Kedah dan Brunei sebelum sampai ke Sabah. Haji yaakub yang menetap di Putatan telah dilantik dan diangkat menjadi imam dan guru agama Putatan, lima tahun seterusnya beliau telah dilantik menjadi imam Jesselton pada tahun 1920 dan dalam masa yang sama masih menjadi imam Putatan dalam beberapa tahun sebelum melantik anaknya sendiri iaitu Haji Mohd Suhaili sebagai pengantinya sebagai imam di Putatan pada 12 Oktober 1934 hingga 11 Februari 1940 sebelum mengantikan ayahnya Haji Yaakub yang menghidap penyakit lumpuh

Tidak beberapa lama kemudian, Haji Yaakub telah meninggal dunia pada usia 100 tahun iaitu pada tahun 1941 dan telah dikebumikan di tanah perkuburan baru 2 1/2 jalan Tuaran. Setelah kematian Haji Yaakub, Haji Suhaili telah menubuhkan pertubuhan Khairat Jumaat Muslimin pada tahun 1947. Pertubuhan ini bertujuan untuk membangkitkan kembali kesedaran berjamaah setelah terkuburnya Parti Kebangsaan Melayu dan Barisan Pemuda Sabah. Di Bawah usaha beliau Islam telah tersebar secara meluas di Pantai Barat, walau begitu penduduk Putatan tetap mendapat bimbingan dari beliau. Pada tahun 1951, Haji Suhaili telah meletakkan jawatan sebagai imam Jesselton dan berhijrah ke Kuala Belait, Brunei dan menjawat jawatan sebagai Naib Kadhi. Walau bagaimanapun, Haji Suhaili telah kembali ke Sabah pada 1951 dan mula bergerak dari daerah ke daerah untuk menyebarkan islam. Pihak Inggeris yang bimbang dengan pengaruh Islam yang disebarkan telah menghalau beliau keluar dari Sabah, berikutan itu Haji Suhaili telah kembali ke Brunei dan wafat di sana pada 4 Februari tahun 1985.

Sejarah Awal Kemasukan Agama Islam Di Sabah

Muzium Tamaduk Islam di Sabah menempatkan pelbagai replika artifak menarik mengenai ketamadunan Islam di nusantara serta dunia.

Walau bagaimanapun, perjuangan Haji Yaakub dan Haji Suhaili tidak berakhir begitu sahaja, perjuangan ini diteruskan oleh Haji Awang Sahari Abd Latif yang merupakan cucu kepada Haji Yaakub dan anak saudara Haji Suhaili. Haji Awang mempunyai hubungan yang rapat dengan Haji Suhaili menyebabkan semangat untuk memperjuangkan Islam berkobar dari diri beliau bagi menyebarkan risalah Islam dan menubuhkan Persatuan Islam. Haji Awang Sahari bersama beberapa tokoh masyarakat menubuhkan Persatuan Islam Putatan (PIP) pada 1959, di samping kewujudan Persatuan Islam Sabah (PIS) dan Persatuan Islam Tawau (PIT). Antara kejayaan PIP ialah meubuhkan sebuah sekolah agama iaitu Madrasah Tahzibiah yang dirasmikan oleh Tun Datu Mustapha pada 1965. Pada tahun 1961 ketiga-tiga persatuan ini digabung dan membentuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada tahun 1969. Pada masa ini perjuangan Islam lebih tegas dan meluas sehingga terisytiharnya Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah.

Islam adalah satu agama wahyu yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul melalui berperingkat-peringkat. Secara amnya, Islam adalah agama yang syumul ataupun dalam pengertian lain Islam merupakan sebuah agama yang lengkap yang mana ia merangkumi seluruh cara hidup ataupun peraturan-peraturan berserta dengan saranan, nasihat, sejarah, perubatan, kisah-kisah silam, pedoman-pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran secara amnya.

Sejarah Awal Kemasukan Agama Islam Di Sabah

Antara tokoh-tokoh besar Sabah yang telah memeluk islam.

Dalam Islam, barangsiapa belajar cara hidup Islam dan patuh pada rukun Islam dan rukun Iman, InsyaAllah akan berjaya dunia dan akhirat. Sememangnya kita tahu bahawa agama Islam adalah agama wahyu yang mana disebarkan melalui usaha-usaha dakwah dan tabligh yang disampaikan oleh para Rasul, Nabi, Sahabat Nabi dan para ulama dan sehingga hari ini golongan-golongan dakwah bebas menyebarkan Islam melalui pelbagai cara seperti media massa, ceramah, dan berjumpa sesama Islam.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.