Sabah Kemukakan Permohonan Kajian Persempadanan Kawasan Parlimen

KOTA KINABALU, 28 Mac – Kerajaan Sabah sudah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan supaya kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya peringkat Parlimen dengan cadangan pertambahan kawasan dilaksanakan di Sabah, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

Dalam kenyataan di sini, malam ini, beliau berkata, permohonan itu dibuat susulan daripada cadangan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya peringkat Dun Sabah dan mendapat kelulusan Dun Sabah.

Antara asas permohonan kajian semula persempadanan kawasan Parlimen di Sabah yang dikemukakan ialah kali terakhir persempadanan dan pertambahan kawasan Parlimen di negeri itu dilaksanakan pada tahun 2003 iaitu 15 tahun lalu, katanya.

Menurutnya, permohonan itu juga berasaskan kepada keperluan untuk menambah jumlah perwakilan Sabah dalam Parlimen sejajar dengan status dan kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia serta keluasan luar biasa sesetengah kawasan Parlimen di Sabah termasuk melebihi saiz beberapa negeri di Semenanjung.

Katanya kajian semula berkenaan juga perlu memandangkan peningkatan keberkesanan khidmat kepada rakyat dengan saiz kawasan sewajarnya mengambil kira sempadan pentadbiran daerah dan perwakilan rakyat di peringkat kawasan Parlimen.

“Kerajaan negeri difahamkan permohonan tersebut sedang dalam proses kajian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sehubungan itu, pelaksanaan persempadanan dan pertambahan 13 kawasan baharu Dun Sabah dijangka dibentangkan di Parlimen secara serentak, bersama-sama cadangan persempadanan dan pertambahan kawasan Parlimen, setelah selesai kajian dilaksanakan oleh SPR,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (28 MAC 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.