Remaja Lelaki Lemas Di Sungai Padas

TENOM, 15 Apr – Remaja lelaki hilang ketika mandi di Sungai Padas bersama kakak dan dua sepupu ditemui lemas tengah hari tadi.

(Gambar atas) Mohammad Nazim Idris, lemas semasa mandi di Sungai Padas, di Tenom. – Foto ihsan Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata mayat Mohammad Nazim Idris, 15, ditemui sekitar jam 1.50 tengah hari, lima meter daripada lokasi remaja berkenaan dilaporkan hilang.

Remaja Lelaki Lemas Di Sungai Padas

Anggota bomba berjaya menemui Mohammad Nazim Idris, di Sungai Padas, di Tenom. – Foto ihsan pembaca

Remaja Lelaki Lemas Di Sungai Padas

Mohammad Nazim Idris lemas di Sungai Padas, di Tenom. – Foto ihsan pembaca

Mohd Zainal berkata mangsa ditemui anggota penyelamat bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat, selepas remaja terbabit dikhuatiri lemas sewaktu mandi dengan tiga lagi ahli keluarga lain kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

“Sungai ini hanya beberapa meter di belakang rumah mangsa yang terletak di Kampung Tenom Lama. Kita diberitahu ketika sedang mandi, mangsa bagaimanapun secara tiba-tiba dilihat terkapai-kapai dan hampir tenggelam.

“Mangsa cuba diselamatkan oleh kakaknya tetapi gagal. Kakak mangsa terus memaklumkan kejadian itu kepada keluarga yang berada di rumah sebelum mereka menghubungi talian kecemasan 999. Kita menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.40 pagi dan bergegas ke lokasi terbabit bersama 10 anggota, satu jentera serta sebuah bot daripada Balai Bomba Tenom bagi operasi mencari.

“Selain itu, kita juga sudah meminta bantuan enam anggota penyelam daripada Balai Bomba Kuala Penyu untuk membantu operasi ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam pada itu, Mohd Zainal menasihatkan orang awam khususnya penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya tidak mandi di kawasan sungai bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

SUMBER – Petikan berita daripada BH Online (15 April 2018 | 4:47pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.