Pulau Eksotik Di Sabah Yang Tidak Diketahui Ramai

Sabah adalah destinasi yang wajib dikunjungi oleh setiap orang yang mencintai keindahan alam semula jadi dan juga kepada sesiapa yang meminati aktiviti lasak. Sabah merupakan sebuah negara yang sangat indah. Oleh kerana keindahan alamnya Sabah mendapat gelaran sebagai ‘Land Below the Wind’ (Negeri Di Bawah Bayu) oleh orang-orang Eropah. Sabah merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan khazanah lautnya serta pulau-pulaunya yang indah memukau mata.

Untuk pengetahuan pembaca setia urangsabah.com semua, Sabah menjadi destinasi yang paling kerap dikunjungi oleh mereka yang gemarkan aktiviti menyelam, mereka datang dari pelbagai tempat samada dalam atau luar negara. Sabah dikelilingi oleh lautan yang dipenuhi oleh terumbu karang yang cantik dan indah dengan kehidupan laut yang unik. Pulau-pulau Sabah adalah satu destinasi yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian di pantai. Ingin lari dari kesibukan kerja di kota dan ingin mencari ketenangan. Disini saya akan senaraikan beberapa pulau yang mungkin tidak dikenali ramai, namun pulau-pulau ini memiliki keindahan yang setaraf dengan pulau-pulau dunia.

pulau-pulau

1. Pulau Bohey Dulang, Semporna
Untuk ke pulau ini, anda memerlukan satu jam perjalanan dengan menaiki bot dari pekan Semporna. Apa yang menjadi tarikan di pulau ini ialah keindahannya yang boleh dilihat dari atas gunung. Pulau Bohey merupakan sebuah pulau pergunungan yang terhasil dari sisa-sisa gunung berapi perba. Bohey Dulang terkenal dengan keindahan pemandangannya yang amat menakjubkan.

2. Pulau Kapalai
PUlau ini terletak diantara pulau Sipadan dan pulau Mabul, pulau ini terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan. Untuk sampai ke pulau ini, anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 45 minit perjalanan dengan menaiki bot laju dari Semporna. Pulau Kapalai merupakan salah satu tempat indah untuk aktiviti menyelam dan keindahan pulau ini setaraf dengan pulau-pulau lain di dunia ini dan apa yang lebih menarik tentang pulau ini ialah pulau Kapalai bukanlah sebuah ‘pulau’.

pulau-sibuan

3. Pulau Sibuan, Semporna
Pulau Siuan merupakan pulau yang terindah di antara pulau-pulau yang terdapat di lautan Sulawesi. Untuk sampai di sini, anda boleh menaiki bas atau teksi dari Lapangan Terbang Tawau untuk ke Semporna. Dari Semporna ke Pulau Sibuan akan mengambil masa selama 30 minit. Pulau ini merupakan yang paling indah di Taman Marin Tun Sakaran dan sehingga kini masih belum ada yang mampu mengalahkan keindahan pulau ini.

4. Pulau Mataking, Semporna
Pulau ini terletak 40 minit dari pekan Semporna dan kira-kira 45 minit dari Sipadan. Jika anda berpeluang ke sini jangan lepaskan peluang untuk anda menikmati perjalanan selama 20 minit dari pulau utama ke Pulau Mataking Kecil. Waktu terbaik untuk melakukan perjalanan ini ialah pada waktu pagi apabila air pasang rendah. Ketika dalam perjalanan, anda akan merasakan seperti anda sedang berjalan di atas air kerana di kedua-dua belah jalan dikelilingi oleh laut.

pulau mataking

5. Pulau Baggi, Kudat
Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi dan merupakan antara pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

6. Pulau Bum-Bum, Semporna
Pulau Bum-Bum terletak berdekatan dengan Semporna, Kudat dan Lahat Datu dan bersaiz sebesar Singapura. Pulau Bum-Bum belum menjadi pusat perlancongan yang terkenal tetapi tak rugi kalau singgah ke Pulau Bum-Bum jika anda datang ke Sabah.

pulau bum-bum

7. Pulau Timba-timba
Pulau Timba-timba adalah sebuah pulau yang terletak di Sabah dan berdekatan dengan Pulau Pandanan di bahagian selatan dan barat daya Mataking.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.