Polis Tahan 148 Penagih Dalam Ops Perdana

KOTA KINABALU, 28 Mac – Ops Perdana siri 1/2018 yang dijalankan lebih 48 jam merekodkan sejumlah 148 penagih yang ditahan di sembilan daerah di Sabah.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah Bakri Bibi berkata antara daerah terlibat termasuklah ibu negeri, Sandakan, Tawau, Keningau, Beaufort, Kudat, Labuan, Ranau, dan Tuaran.

Katanya, jumlah tangkapan tertinggi direkodkan di Kota Kinabalu iaitu 47 orang diikuti Keningau (29), Tawau (26), Sandakan (11), Tuaran (10) dan selebihnya di daerah lain.

“Operasi yang dimulakan sejak 26 Mac pada mulanya memeriksa seramai 203 individu disyaki dan hasil saringan awal mendapati 148 daripada mereka positif dadah jenis syabu.

“Tiga lagi individu tidak memiliki dokumen pengenalan diri diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya manakala 55 individu negatif dihantar balik ke rumah masing-masing,” katanya.

Menurutnya AADK merekodkan tangkapan sejumlah 140 lelaki dan lima perempuan dengan pecahan empat individu berumur 13 hingga 18 tahun, 121 berumur 19 hingga 39 tahun dan selebih 10 orang berumur 40 tahun ke atas.

“Operasi serbuan yang dijayakan seramai 50 anggota AADK seluruh Sabah dengan bantuan agensi lain dijalankan selepas mendapat aduan daripada orang awam di lokasi tumpuan mengikut daerah masing-masing.

“Sepanjang operasi dijalankan anggota serbuan berhadapan kekangan masa kerana kita perlu mancari lokasi rumah orang yang disyaki (OYDS) berikutan keadaan pengihan di Sabah berbeza kerana tidak mempunyai lokasi penagihan dadah yang tetap.

“Kita juga berhadapan tindakan agresif yang ditunjukkan oleh suspek termasuklah enggan membuka pintu rumah, cubaan melarikan diri serta memberikan pelbagai helah bagi mengelakkan ditahan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya akan meneruskan operasi seumpama dari semasa ke semasa bagi usaha memerangi dadah secara habis-habisan di negeri ini.

SUMBER – Petikan berita daripada Utusan Borneo Online (2018-03-29)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.