Peninggalan Penjajahan British Di Kota Kinabalu

Penjajahan dan penaklukan barat ke atas negara kita Malaysia telah memberikan kesan yang mendalam dari diri anak bangsa atau golongan yang hidup di zaman penjajahan tersebut. Penaklukan pihak British ke atas Sabah telah meninggalkan kesan yang tersendiri terhadap negeri ini. Antara beberapa kesan atau peninggalan penjajahan yang yang masih boleh dilihat sehingga kini ialah sistem pendidikan, sistem pemerintahan, sistem ekonomi pembangunan atau bangunan-bangunan yang bersejarah dan sebagainya. Namun disini yang ingin dibicarakan ialah berkenaan dengan bangunan tinggalan koloni British di Sabah.

KK HERITAGE WALK
Jika anda seorang yang meminati sejarah, urangsabah.com mencadangkan anda untuk berjalan-jalan atau melawat KK Heritage Walk kerana disini anda akan menemui banyak perkara yang menarik dan penuh dengan sejarahnya yang tersendiri. Untuk pengetahuan semua masa yang diambil untuk mengelilingi KK Heritage Walk paling kurang memakan masa selama tiga jam, walaupun memakan masa yang agak lama tapi apa yang bakal anda perolehi adalah sesuatu yang sangat bernilai dan menarik malah ada sesetengah orang tempatan yang tidak mengetahui berkenaan sajarah dan apa yang ada di sini. Di sepanjang perjalanan di kawasan KK Heritage Walk, anda boleh melihat dan memerhati serta mengetahui sejarah beberapa buah bangunan tinggalan British seperti The Atkinson Clock Tower, Australia Place, Jesselton Hotel, North Borneo War Memorial dan banyak lagi keunikan yang menanti kedatangan anda di sini.

walking

THE ATKINSON CLOCK TOWER
Menurut sumber banguanan atau binaan menara jam ini merupakan struktur binaan yang tertua di bandar Kota Kinabalu, bangunan ini dibina pada zaman pemerintahan British lagi dan sehingga sekarang bangunan ini masih teguh berdiri dengan gagahnya. Dikatakan bangunan ini dibina sempena mengingati mendiang Francis George Atkinson yang merupakan pengawai daerah Jesselton yang pertama pada ketika itu, menara ini dikatakan telah berusia ratusan tahun. Atkinson Memorial Clock Tower dibina atas arahan ibu kepada Francis George Atkinson yang meninggal disebabkan oleh demam Malaria pada umur 28 tahun.

BANGUNAN SABAH TOURISM BOARD @ PEJABAT POS JESSELTON 1947.
Bangunan ini merupakan salah satu bangunan tinggalan penjajahan British yang terdapat di Sabah. Bangunan ini lebih tepatnya terletak di Gaya Street dan pernah menjadi Pejabat Pos Jesselton pada tahun 1947. Berkemungkinan bangunan ini telah berusia seratus tahun atau lebih. Kedudukan bangunan ini terletak lebih kurang 80 metar dari persisiran pantai dan pada ketika itu di kawasan persisiran pantai ini tiada bangunan lain selain bangunan ini. Namun kini seiring dengan perkembangan, bangunan-bangunan lain turut dibina di kawasan sekitarnya.

north

NORTH BORNEO RAILWAY @ VINTAGE STEAM ENGINE TRAIN
Merupakan antara bekas tinggalan British yang berharga yang terletak di Tanjung Aru, dari bandar Kota Kinabalu anda perlu menaiki kereta selama beberapa minit untuk sampai ke sini. North Borneo Railway merupakan kerta api yang tertua yang terdapat di Sabah dan juga dikatakan menjadi kereta api yang tertua di Borneo. Kereta api ini dibina oleh pihak British pada tahun 1896, binaannya melintasi kampung-kampung, pekan-pekan, sawah padi, hutan, ladang getah dan juga ladang kopi yang tentunya sangat memukau mata yang memandang. Pada awal pembinaannya Borneo Railway bermula dari stesen kereta api Kota Kinabalu, Tanjung Aru dan akan berakhir di Pekan Tenom.

building

HERITAGE BUILDING @ THE OLD WELFARE BUILDING
Kawasan ini memiliki pemandangan yang sangat cantik sesuai untuk mereka yang suka menyimpan gambar kenang-kenangan, selain sesuai dijadikan tempat photoshoot. Heritage Building merupakan antara bangunan yang terselamat semasa meletusnya Perang Dunia Ke-2, kini bangunan ini lebih dikenali sebagai Graffiti Centre dikatakan telah terbakar pada tahun 1992. Kawasan tanah bangunan lama ini telah diserahkan kepada Sabah Art Gallery oleh kerajaan. Dan dengan inisiatif pelukis tempatan yang hebat telah menceriakan lagi dinding-dinding bangunan lama tersebut. Sejak itu tempat ini menjadi salah satu tarikan pelancong asing juga orang tempatan.

Itulah antara tempat atau bangunan bersejarah yang terdapat di Kota Kinabalu yang kini menjadi tarikan kepada pelancong sekaligus telah memajukan dan menaikkan sektor pelancongan negeri Sabah dan secara tidak langsung menyumbang kepada kemajuan ekonomi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.