Penduduk Ulang-alik KeluarkanTong Gas Dari Kedai Terbakar

KIULU, 3 Apr – Penduduk Kampung Pukak di sini bekerjasama berulang-alik mengeluarkan lebih 30 tong gas di dalam sebuah kedai koperasi terbakar petang semalam, bagi mengelakkan letupan yang boleh menyebabkan kejadian lebih buruk.

(Gambar atas) Kebakaran sebuah koperasi menjual barangan runcit di Kampung Pukak, Kiulu. – Foto ihsan Pembaca

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, koperasi menjual barangan runcit itu musnah 95 peratus, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Penduduk, Martina Gilid, 48, berkata ketika beliau dan keluarganya melalui lokasi kejadian, koperasi itu sudahpun tutup pada jam 5 petang.

Bagaimanapun, beliau berkata, ada saksi lain melihat api kecil di dalam kedai itu lalu memaklumkannya kepada penduduk bertugas menjadi premis berkenaan.

“Tidak lama kemudian, api semakin marak dan penduduk membantu memindahkan tong gas ke luar koperasi bagi mengelakkan letupan,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Abd Qawie Abd Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.17 petang sebelum 12 anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian terletak kira-kira 30 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, koperasi jenis kekal itu musnah 95 peratus dan pasukan bomba mendapati lebih 30 tong gas berjaya diselamatkan penduduk bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

“Pasukan bomba kemudian memadamkan api sepenuhnya dan menjalankan pemeriksaan sebelum menamatkan operasi pada jam 7.42 malam,” katanya.

Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian Online (Selasa, 3 April 2018 | 9:29am)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.