Pendaki Jepun Cedera Terjatuh Di Gunung Kinabalu

RANAU, 29 Mac – Kegembiraan seorang pendaki wanita warga emas berasal dari Jepun selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu bertukar tragedi apabila terjatuh di Kilometer 3.4 di sini hari ini.

(Gambar atas) Seorang pendaki wanita warga emas dari Jepun selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu terjatuh di Kilometer 3.4 hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Iwabuchi Fumiko, 70, dalam perjalanan turun ke Timpohan Gate.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Mohd. Hanafi Matbee berkata, ketika menuruni kawasan berkenaan, mangsa dikatakan terjatuh menyebabkannya cedera pada bahagian bahu dan muka sehingga sukar untuk bergerak.

“Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat (Mosar) berada di lokasi berjaya menyelamatkan wanita tersebut dengan memberi rawatan awal sebelum diusung turun ke Timpohan Gate.

“Wanita Jepun itu seterusnya dihantar ke Hospital Ranau di sini untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.

SUMBER – Petikan berita daripada Kosmo Online (29 Mac 2018 5:15 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.