Mitos Disebalik Batu Sapi Di Sandakan, Sabah

Batu Sapi merupakan Sebuah kawasan yang terletak dalam daerah Sandakan, Sabah. Batu Sapi ini dikatakan terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Sandakan. Bandar Ramai-Ramai (salah sebuah bandar satelit di Sandakan), Pantai Pasir Putih, Karamunting, Pelabuhan Sandakan, dan Batu Sapi Heritage Park terletak dalam kawasan Batu Sapi.

Batu_Sapi

Batu Sapi merupakan Salah satu Khazahan alam yang paling berharga di kawasan ini. Namun kini kawasan ini terbiar dan banyak berlaku kemusnahan di sekitar kawasan Batu Sapi. Batu Sapi ini berada di muara Laut Sandakan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari kawasan pusat bandar. Batu Sapi Atau Taman Batu Sapi ini yang menjadi mercu tanda bagi Sandakan dan merupakan salah satu sejarah asal usul nama Parlimen Batu Sapi ini sudah tidak diselenggara dengan baik menyebabkan tiada aktiviti yang menarik untuk pengunjung Batu Sapi.

Masa yang diambil untuk sampai ke kawasan Batu Sapi ini mengambil masa selama lebih kurang 30 minit dari pusat bandar, Kawasan yang dulunya bersih dan mendapat kunjungan ramai kini hanya sampah Sarap yang bertaburan di sekeliling teluk berkenaan. Manakala kemudahan yang terdapat dikawasan itu seperti tandas awam, jejantas dan tangga kayu semuanya mengalami kerosakan yang teruk dan yang tinggal hanyalah kerangka serta tiang sahaja.

Walau bagaimanapun, kawasan ini masih mendapat pengunjung yang ‘setia’ iaitu kaki-kaki judi, mereka percaya bahawa bongkah batu sapi yang bentuknya sememangnya menyerupai seekor sapi atau kerbau adalah tempat keramat sama ada untuk bernazar, menolak bala ataupun meminta nombor ekor. Selain itu, kain-kain kuning serta sisa-sisa makanan berselerakan di atas bongkah batu berkenaan.

batu-sapi

Menurut cerita lisan yang diceritakan oleh penduduk tempatan, asal usul tempat berdirinya Batu Sapi tersebut sebenarnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang kini telah menjadi warisan dan mercu tanda buat Sandakan. Nama Batu Sapi ini diambil sempena struktur batu yang terdapat di tepi laut yang mana bentuknya menyerupai seekor lembu.

Untuk pengetahuan para pembaca urangsabah.com, diceritakan bahawa pada suatu hari di perkampungan nelayan ini terdapat seekor buaya yang sangat besar sedang berenang menuju ke kampung itu pada waktu senja, ketika itu penduduk kampung berada di rumah masing-masing bersama keluarga. Dikatakan pada ketika itu, seekor kerbau jantan telah melihat kehadiran buaya ini lalu terjun ke dalam laut untuk melawan buata tersebut daripada mengganggu penduduk kampung.

Orang kampung yang mula menyedari kejadian tersebut mula keluar dari rumah masing-masing untuk melihat pertarungan antara dua haiwan tersebut. Walau bagaimanapun, menurut cerita yang disampaikan, ketika pertarungan ini berlaku dengan tiba-tiba kedua-dua haiwan persebut disambar petir. Setelah beberapa minit berlalu kedua-dua haiwan ini telah bertukar menjadi batu. Jika diperhatikan betul-betul terdapat satu struktur batu berbentuk buaya pada kaki struktur batu yang berbentuk seekor lembu.

batu-sapi

Berdasarkan situasi semasa, batu yang sebelum ini gah namanya tidak lagi menghadirkan perasaan teruja orang ramai untuk mengunjunginya. Ketika ini apabila disebut nama Batu Sapi, ia akan menjurus kepada Parlimen Batu Sapi, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Jalan Lintasan Batu Sapi dan beberapa lagi yang ada kaitan dengan nama bongkah batu itu. Kawasan yang dahulunya menjadi satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang ke kawasan ini kini tinggal sunyi sepi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.