Mayat Warga Emas Ditemui Di Tebing Sungai Padas

BEAUFORT, 3 Apr – Seorang lelaki warga emas tempatan ditemui mati dalam keadaan tertiarap berhampiran tebing Sungai Padas, Kampung Bakalau di sini semalam.

(Gambar atas) Mayat mangsa (gambar kecil) ditemui dalam keadaan tertiarap, berpakaian lengkap dan memakai stokin tetapi tidak berkasut.

Dalam kejadian pada pukul 2.50 petang tersebut, mayat mangsa, Yen Ket Fah @Peter, 66, dijumpai selepas seorang penduduk kampung terhidu bau busuk dari arah sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Azmir Abd. Razak berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan tertiarap, berpakaian lengkap dan memakai stoking tetapi tidak berkasut.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh lelaki itu tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah. Bagaimanapun, bahagian rusuk kanannya berlubang manakala tangan kanan hanya tinggal tulang dipercayai dimakan haiwan,” katanya hari ini.

Tambah Azmir, berdasarkan pemeriksaan pada fizikal lelaki terbabit mangsa disyaki meninggal dunia dalam tempoh antara tiga hingga empat hari.

“Mayat seterusnya dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” jelasnya.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

SUMBER – Petikan berita daripada KOSMO! Online (03 April 2018 8:56 AM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.