Mat Salleh Pahlawan Kebanggaan Melayu Sabah

Setiap Negara di dunia ini memiliki sejarah perjuangan yang tersendiri. Pejuang-pejuang ini biasanya wujud disebabkan oleh faktor penjajahan yang dilakukan oleh kuasa asing di dalam kawasan tempat tinggal mereka. Di Sabah sememangnya terdapat ramai pejuang atau pahlawan yang mempertahankan tanah air mereka dari dijajah oleh kuasa asing. Pejuang biasanya akan bangkit bilamana mereka merasa tergugat dengan kehadiran orang luar dan menganggu kawasan mereka.

mat_salleh

Mat Salleh atau nama sebenarnya ialah Datu Mohammad Salleh merupakan satu nama yang gah suatu ketika dahalu. Beliau merupakan seorang pejuang sabah yang dalam penentangannya terhadap penjajah British yang menjajah kawasanya. Tambunan pernah diisytiharkan oleh beliau sebagai daerah di bawah kekuasaanya. Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu.

Perjuangan Mat Salleh menentang British telah bermula sejak tahun 1894 apabila bangsa asing yang menakluki sabah telah menetapkan undang-undang dan peraturan baru yang membebankan rakyat tempatan. Antara peraturan yang ditetapkan oleh British pada ketika itu ialah pengamalan buruh paksa serta mengenakan cukai beras dan cukai perahu. Selain itu, pejuangan Mat Salleh juga adalah disebabkan terpengaruh dengan semangat jihad orang Sulu menentang Sepanyol di Selatan Filipina.

mat_salleh

Mat Salleh dan pengikutnya pergi ke Sandaran untuk menemui Gebenor British, pada tahun 1895 iaitu pada bulan Ogos bertujuan untuk berunding dengan pihak British berkenaan masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB. Namun Mat Salleh telah mendapat layanan yang teruk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V Creagh . Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan . Mat Salleh tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari , beliau meninggalkan Sandakan.

Gebenor Beaufort menggangap Mat Salleh mengancam kedudukan dan kepentingan British di Sabah. Oleh itu, British telah bertindak dengan membakar dan memusnahkan kampungnya. British menawarkan hadiah sebanyak 500 dollar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh. Sabagai tindak balas Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya telah menyerang dan membakar pejabat British yang terletak di Pulau Gaya dan turut membakar pejabat British yang terletak di Ambong pada tahun yang sama.

Inggeris bertindak balas dengan menyerang kubu Mat Salleh yang terletak di Ranau iaitu pada bulan Disember 1897. Namun begitu, serangan ini berakhir dengan kekalahan Inggeris dan banyak tentera mereka yang terbunuh. Walau bagaimanapun, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh pada Januari 1898 dengan angkatan tentera yang lebih besar. Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru yang jauh lebih kukuh di Tambunan

pertempurang_mat_salleh

Kota pertahanan ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh yang menyebabkan kota pertahanan ini tidak dapat ditembusi oleh peluru British. Kota ini sangat sukar ditembusi kerana setiap penjuru kota pertahanan tersebut dikawal oleh orang-orang Mat Salleh. Terdapat beberapa buah terowong atau jalan bawah tanah dalam kubu ini yang digunakan untuk meminta bantuan senjata dan makanan. Jalan ini juga akan digunakan untuk melarikan diri jika diserang dan dikepung oleh tentera British.

Pihak British telah menawarkan perdamaian kepada Mat Salleh setelah tidak berjaya menyerang beliau. Mat Salleh bersetuju untuk menerima perdamaian tersebut walaupun telah ditentang oleh orang-orangnya sendiri. Tetapi pada tahun 1899, pihak British telah mungkir janji kerana telah menyerang Tambunan dan cuba mengambil alih Tambunan dari Mat Salleh yang menyebabkan peperangan kembali tercetus.
Kota Mat Salleh tumbang akibat serangan yang berterusan yang dilakukan oleh tentera British. British telah berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh pada 31 Januari 1900. Dalam serangan ini juga Mat Salleh telah terkorban sebagai pejuang bangsa

Mat_Salleh

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, ‘Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, beliau seorang pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.

Mat_Salleh

Jasanya terus dikenang sehingga kini sebagai sebahagian daripada sejarah Sabah dan beberapa tugu telah dibina bagi mengenang jasanya. Antaranya di Kampung Tibaba, Tambunan dibina sempena memperingati pertempuran terakhir Mat Salleh dengan British.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.