Masjid Jamek Hasabollah At-Tahiri Antara Binaan Terawal Di Sabah

Kedatangan islam di sesuatu tempat pastinya akan meninggalkan kesan dan perubahan yang ketara terhadap sesuatu bangsa di sesuatu tempat yang menerima kehadiran islam. Salah satu lambang atau mercu tanda yang agama islam pernah sampai ke sesuatu kawasan ialah dengan adanya bangunan masjid yang menjadi simbol. Sebagaiman tempat lain di dunia ini yang menerima kedatangan islam, Sabah juga tidak ketinggalan. Negeri Sabah ini telah menerima kedatangan islah sejak beratus-ratus tahun yang lalu sebelum penjajahan kuasa barat lagi.

masjid_jamek

Untuk pengetahuan para pembaca setia urangsabah.com, bangunan yang menjadi simbol atau lambang kedatangan islam ke Sabah ialah binaan atau bangunan masjid. Masjid yang terdapat di Sandakan merupakan masjid pertama di Sabah dan merupakan masjid tertua. Masjid Jamek Hasabollah At-Tohiri atau lebih dikenali sebagai Masjid Jamek merupakan masjid tertua di Sabah dan merupakan antara binaan terawal di Sabah yang dibina pada tahun 1890.

Masjid Jamek Hasabollah merupakan warisan sejarah yang berharga yang terdapat di Sandakan, Sabah. Menurut catatan sejarah, masjid ini telah dibina dan dibuka pada tahun 1890 oleh seorang saudagar yang berasal dari india. Lokasi asal sebenar masjid ini adalah di tapak restoran Zakaria III yang berhadapan dengan Wisma Sandakan.

Masjid_terawal

Masjid ini telah menjadi tempat perlindungan dan persembunyian penduduk kampung dari kekejaman tentera Jepun semasa berlakunya Perang Dunia Ke-2. Walau bagaimanapun tentera Jepun telah menyerang bangunan ini kerana beranggapan bahawa tentera British telah bersembunyi dan melarikan diri ke masjid ini.

masjid

Dikatakan juga kewujudan Masjid ini telah dibina sejak tahun 1890 lagi, tidak pernah dirasmikan oleh mana-mana pihak. Namun begitu masjid ini masih teguh berdiri dan mengalami pembangunan hasil derma para jemaah melalui kutipan Jumaat.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.