Lima Tragedi Mengegarkan Sabah, Tidak Mungkin Dilupakan.

Bagi masyarakat Sabah sudah pasti tidak akan melupakan tragedi atau peristiwa-peristiwa yang menimpa Sabah pada beberapa tahun yang lalu. Peristiwa yang terjadi ini kekal misteri tanpa mengetahui punca sebenar kejadian dan pelaku kepada kejadian ini masih lagi bebas.

Tragedi-tragedi yang telah menggemparkan negeri Sabah ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakatnya terutamanya yang menyaksikannya dengan mata sendiri terhadap kejadian tersebut. Antara tragedi-tragedi tersebut adalah seperti berikut.

1) PEMBUNUHAN DATUK NORJAN KHAN BAHADAR.
Untuk pengetahuan pembaca setia urangsabah.com semua, Datuk Norjan merupakan Ketua Wanita UMNO Papar merangkap timbalan menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Mengikut apa yang telah dilaporkan, beliau dijumpai mati oleh salah seorang chambermaid Shangri-La Hotel Bandaran Berjaya. Dijumpai kira-kira jam 9 a.m pada bulan Februari tahun 2004 di sebuah bilik bernombor 208. Salah satu akhbar telah mengeluarkan satu fakta yang sedikit berbeza dengan akhbar lain mengenai kematian beliau, keratan akhbar NST mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “Her head was smashed in and she had been stabbed in the neck”. Dalam kejadian ini seorang suspek yang bernama Azman Bakar @ Samsuddin Mustamin 27 tahun ketika itu telah direman untuk disoal siasat, namun suspek telah dibebaskan atas sebab bukti tidak mencukupi. Kes ini telah ditutup dan kekal menjadi tanda tanya kerana tiada suspek, tiada motif pembunuhan dan tiada saksi kejadian.

pembunuhan

Namun begitu, apa yang menjadi tanda tanya ialah motif pembunuhan Datuk Norjan yang telah bertukar dalam tempoh tidak sampai satu hari. Dalam laporan awal motif pembunuhan dikatakan berpunca dari perasaan ‘dendam dan cemburu’ telah ditukar kepada motif ‘rompak dan bunuh’. Oleh kerana beliau ditemui mati di bilik hotel Shangri-La dengan kesan tikaman pada bahagian muka dan leher, polis telah mengesahkan dan mengklasifikasikan semula kes sebagai ‘rompak dan bunuh’. “Ini kes rompak dan bunuh dan tiada unsur politik, cemburu atau dendam” kata polis yang bertanggungjawab terhadap kes ini pada ketika itu.

Namun apa yang peliknya ialah semua laporan akhbar pada ketika itu mengatakan tiada satupun barang Datuk Norjan yang hilang. Jadi persoalannya disini kenapa pihak berkuasa mengatakan ini adalah kes rompak dan bunuh sedangkan tiada satupun barang beliau yang hilang. Dan adakah pertukaran motif pembunuhan adalah satu arahan dari pihak atasan.

2) TRAGEDI DOUBLE SIX.
Tragedi ini telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah yang pertama iaitu Tun Fuad Stephens dan beberapa Menteri kabinet antaranya ialah Datuk Salleh Sulong, Datuk Wahid Peter Andu, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain dan Datuk Darius Binion. Kapal terbang jenis GAF Nomad N.22B buatan Australia yang membawa 10 penumpang VVIP telah meletup dan mengorbankan semua penumpang. Dalam kejadian ini turut mengorbankan anak lelaki Tua Fuad Stephens, Johari, Dr Syed Hussien Wafa, Ishak Atan, Corporal Said mohammad dan pilot Captain nathan Ghandi. Penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu ini dilkatakan ‘stalled dan jatuh terhempas di sebuah pantai.

konpirasi

Tragedi ini kekal menjadi misteri, terlalu banyak spekulasi yang dibuat dan punca sebenar nahas masih belum diketahui. Dikatakan di saat-saat akhir sebelum kapal terbang ini berlepas Tengku Razaleigh Hamzah yang sepatutnya mengikuti rombongan ini, telah membuat keputusan untuk meninjau projek ladang sapi atas arahan Datuk harris Salleh. Tragedi ini digelar sebagai ‘Double Six tragedy’ kerana berlaku pada 6/6/1976. Apa yang menjadi tanda tanya hingga sekarang adalah adakah tragedi atau nahas ini telah dirancang oleh sesuatu pihak untuk kepentingan diri.

3) TRAGEDI 14 GAJAH MATI DIRACUN.
Pada Januari 2013 sebanyak 14 ekor gajah ditemui mati yang dipercayai telah diracun oleh individu tidak bertanggungjawab. Satu kajian telah dibuat untuk mengetahui punca kematian haiwan tersebut dan pakar menemui kandungan ‘arsenic, cadmium, iron dan chromium yang sangat tinggi yang menjadi punca kematian gajah tersebut. Bahan yang ditemui dalam perut gajah tersebut biasanya hanya digunakan di kawasan lombong atau kawasan pemprosesan buangan. Apa yang peliknya gajah-gajah ini ditemui mati dikawasan hutan Gunung Rara di Tawau dan di kawasan tersebut tiada kawasan lombong atau pemprosesan buangan. Kejadian ini seperti disengajakan dan sudah dirancang dengan teliti. Sehingga kini motif kejadian masih belum diketahui dan belum ada laporan tentang penangkapan suspek.

kianat

Seekor anak gajah pigmi Borneo berusia tiga tahun cuba menggerakkan bangkai ibunya di Hutan Simpan Gunung Rara di Sabah.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa negeri Sabah telah berjanji untuk memcari punca kematian 14 ekor gajah pygmy untuk memastikan agar masalah atau kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Tan Sri Khalil Jamalul berkata meraka akan bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan untuk menyiasat perkara ini dengan lebih dalam lagi. Setelah punca diketahui beliau berjanji akan mematikan masalah seperti ini tidak akan berulang lagi.

4) PEMBUNUHAN JURURAWAT ANNIE JOHN DISMAS OF KUDAT.
Annie John Dismas telah ditemui mati di Taman Kingfisher di dalam sebuah longkang pada 12 Oktober 2010. Beliau yang bekerja sebagai jururawat yang berasal dari Kudat telah dilaporkan hilang pada 9 Oktober 2010 selepas menghadiri kursus di Kota Kinabalu bersama tunangnya. Berikutan kejadian ini tiga suspek termasuk tunang mangsa telah ditahan reman untuk disoal siasat. Polis tidak menolak motif pembunuhan seorang jururawat yang berusia 39 tahun yang dijumpai separuh bogel di dalam longkang di Lorong Ujana Taman Kingfisher adalah kerana cemburu.

dendam

Lokasi dimana mayat jururawat Annie John Dismas dijumpai. (Gambar Kecil) Jururawat Annie John Dismas

5) PEMBUNUHAN FATHER DE WIT, PADERI ST. PETER KUDAT
Beliau merupakan seorang Paderi Gereja St. Peters di Kudat, beliau ditemui mati di kediamannya pada 28 Ogos 1983. Kediamannya yang terletak dikawasan gereja telah dicerobohi oleh individu yang tidak dikenali sebelum dibunuh dengan kejam menggunakan senjata tajam seperti parang dan seumpamanya. Hampir seluruh info tentang kematian beliau tidak dapat dikesan dan sehingga sekarang suspek masih belum tertangkap dan motif pembunuhan belum diketahui puncanya.

dendam

Itulah antara peristiwa yang telah mengemparkan Sabah dan kejadian ini masih kekal misteri dan menjadi tanda tanya akan sebab dan puncanya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.