Legenda Huminodun

Huminodun yang juga dikenali sebagai ‘Semangat Padi’ merupakan anak perempuan kepada Dewa Kinoingan serta isterinya Suminundu yang telah mengorbankan dirinya untuk kesejahteraan rakyat. Huminodun bermaksud ‘yang berkorban’, dia telah mengorbankan dirinya kepada semangat bumi sebagai balasan untuk hasil tanaman yang banyak kepada umat manusia.

Pesta_keamatan

Pada suatu ketika dahulu, Masyarakat Kadazandusun telah ditimpa bencana kebuluran dan kelaparan kerana tidak mendapat sumber makanan yang mencukupi. Kinoingan yang merasa belas terhadap kesengsaraan dan penderitaan kaun Kadazandusun telah mengorbankan Huminodun. walau bagaimanapun, pada awalnya Kinoingan tidak sanggup untuk mengorbankan nyawa manusia, lebih-lebih lagi Huminodun adalah anaknya yang tunggal. Huminodun yang mendapat tahu bahawa kesengsaraan rakyat akan berakhir sekira dia dikorbankan telah memujuk kedua-dua orang tuanya. Akhirnya dengan berat hati, Kinoingan bersetuju untuk mengorbankan anak gadisnya dengan cara memotongnya kepada tujuh bahagian dan disemadikan di bumi lalu tumbuhlah berbagai jenis tanaman.

Untuk pengetahuan pembaca urangsabah.com, Masyarakat Kadazandusun percaya bahawa padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun iaitu seorang gadis jelita yang merupakan anak kepada Kinoingan. Menurut kepercayaan kaum Kadazandusun, Kinoringan merupakan tuhan nenek moyang mereka. Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun untuk mengatasi masalah kebuluran dan kelaparan di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini lagi, segala jenis makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dikatakan dari isi Huminodun yang putih melepak manakala, darahnya telah bertukar menjadi cili, dan halia pula adalah jari jemari Huminodun. Selain itu, bawang berasal dari rambut Huminodun, giginya pula menjadi jagung manakala kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya.

humiodun

Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan dan Humabot. Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Manakala upacara Humabot pula, merupakan adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan.

Berikut merupakan cerita lisan yang dicerita oleh nenek moyang suku kaum Kadazandusun, pada suatu ketika dahulu, terdapat sebuah perkampungan yang aman dan damai, kampung tersebut didiami oleh kaum Kadazandusun. kehidupan masyarakat pada ketika itu amat bergantung kepada hasil pertanian dan hasil hutan. Namun begitu, keamanan dan kebahagian itu kita kekal lama. Kemarau yang berpanjangan telah melanda perkampungan tersebut, kemarau yang berterusan telah menyebabkan tanaman penduduk musnah dan air sungai menjadi kering. Haiwan ternak juga mati kerana tidak tahan dengan cuaca yang terlalu panas.

huminodun

Penduduk kampung telah berbincang dan memutuskan untuk meminta pertolongan Kinoingan. Kinoingan merupakan Tuhan mereka, Kinoingan menpunyai seorang anak gadis bersama isterinya yang bernama Siminundu. Anak gadis Kinoingan bernama Huminodun merupakan seorang gadis yang sungguh cantik dan lemah-lembut, semua penduduk kampung terutamanya pemuda terpesona dengan kecantikan dan juga dengan sifat penyayang dan belas kasihan yang dimiliki Huminodun. Orang kampung tiba di tempat tinggal Kinoingan dan menceritakan apa yang telah terjadi.

Setelah orang kampung pulang, Kinoingan memikirkan masalah kemarau yang sedang melanda penduduk kampung. Tiba-tiba terdengar suara ghaib yang mengatakan bahawa kemarau tersebut akan hilang sekiranya Kinoingan mengorbankan anaknya Huminodun. Keluarga Kinoingan terkejut dan tidak sanggup untuk mengorbankan anaknya sendiri. Namun begitu, Huminodun sanggup untuk korbankan dirinya, tapi dihalang oleh ibunya. Keesokan harinya Huminodun tetap dengan keputusannya dan menyatakan keputusannya kepada penduduk kampung. Penduduk kampung amat sedih dengan situasi tersebut namun tidak mampu berbuat apa-apa. Huminodun telah meminta semua penduduk kampung berkumpul di sawah bagi menjalankan upacara korban tersebut. Sifat penyayang dan belas kasihannya yang tinggi menyebabkan Huminodun tidak gentar sedikitpun menjalani upacara itu.

humi2

Suminundu menangis teresak-esak melihat anaknya dikorbankan, beberapa penduduk cuba untuk menenangkan Suminundu. Huminodun diarahkan oleh Kinoingan untuk berbaring diatas tanah sambil menutup mata. Kinoingan menuju ke arah anaknhya dengan berat hati, seperti seorang Bobolian, Kinoingan menjalankan upacara tersebut dengan bibir terkumat-kamit membaca mentera serta jampi serapah. beberepa penduduk lain membunyikan bunyi-bunyian sesuai dengan upacara tersebut. Kinoingan menusuk sebilah pisau tepat pada dada Huminodun, perlahan-lahan Huminodun menghembuskan nafas yang terakhir. Tiba-tiba angin bertiup kecang diselangi hujan yang renyai-renyai, ini menandakan pergorbankan Huminodun tidak sia-sia.

Bermula daripada suku kaum Kadazandusun mengamalkan upacara Pesta Kaamatan, dikenali juga sebagai Pesta Menuai. Pesta Kaamatan diadakan bertujuan agar rezeki yang akan datang bertambah baik. Upacara penghormatan dilakukan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kaum tersebut mengenai asal-usul serta pencipta mereka, Kinoingan, yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya, Huminodun untuk menyelamatkan mereka daripada mati kebuluran. Masyarakat Kadazan Dusun juga mempercayai jelmaan semangat Huminodun telah hidup kembali sebagai Unduk Ngadau dari dalam Kaakanan, selepas tujuh hari dia dikorbankan. Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.