Lagenda Si Empat Mata

Pada suatu ketika dahulu, di pedalaman Sabah tinggal dua orang beradik iaitu Empat Mata dan Tunggal Mata di sebuah bukit yang bernama Bukit Garam berhampiran dengan sebatang sunyai yang keruh airnya kerana dihuni oleh buaya (sungai Kinabatangan). Dua beradik ini bukan sembarangan manusia.

empat-mata

Empat Mata seperti mana nama, beliau memiliki empat mata iaitu dua dihadapan dan dua lagi di belakang kepala. Ini membolehkan beliau melihat 360 darjah tanpa berpaling dan mengubah kedudukannya. Manakala adiknya si Tunggal Mata hanya mempunyai satu mata sahaja yang berada di tengah-tengah dahinya. Kedua adik-beradik ini merupakan pemimpin tempatan yang mempunyai pengaruh yang besar dan kuasa yang luar biasa. Si Mata Empat dikatakan seorang pemimpin yang tidak bertolak ansur dan tidak berperikemanusiaan terhadap pengikut atau penduduk kampungnya.

Di kampung ini sungai menjadi laluan utama bagi penduduk kampung. Namun begitu, sungai ini mempunyai benteng manusia yang sentiasa berdiri di dalam sungai sehingga tiada perahu yang boleh melepasi benteng manusia ini kecuali mereka yang membayar cukai. Mereka berdiri di dalam sungai sambil berpegangan tangan sehingga terlihat seperti sebuah tembok yang kukuh. penduduk yang tidak membayar cukai dan cuba untuk melepasi benteng manusia ini akan menemui maut.

Kekejaman pemerintahan Empat Mata menyebabkan rakyat terseksa kerana beliau memerintahkan penduduk kampung supaya menuai padi dengan menggunakan jari iaitu dengan memetik satu demi satu biji padi tanpa menjatuhkan padi tersebut ke tanah walaupun satu biji sahaja. Selain itu mereka juga dilarang menggunakan pengetam padi. Jika penduduk gagal atau tidak melakukan seperti yang disuruh maka mereka akan meneri hukuman dengan telinga mereka akan dipotong.

empat_mata

Walaupun Empat Mata seorang pemimpin yang kejam, beliau juga merupakan seorang pengukir yang handal dan berbakat. Dikatakan pada suatu hari, Empat Mata telah meembina sebuah keranda yang berukir dengan ukiran yang sangat cantik dan menarik. Apabila keranda tersebut sudah siap dibina Empat Mata meletakkannya di tempat yang tinggi untuk mengelakkannya dimakan oleh anai-anai. Tunggal Mata yang melihat keranda tersebut berasa takjub dengan rekaannya.

Tunggal Mata menminta abangnya Empat Mata untuk menyerahkan keranda tersebut kepadanya, Namun Empat Mata enggan memberikannya kerana dia yang berpenat lelah membuatnya siang malam dan juga kerana dia menyediakan keranda tersebut untuk dirinya agar selamat sampai ke akhirat dan untuk dipandang mulia di sana kerana memiliki keranda berukir. Maka dari itu terjadilah pergaduhan mulat antara keduanya. Si Tunggal Mata berazam untuk melenyapkan abangnya dari muka bumi ini kerana abangnya selalu mebuli dirinya yang sering kali mengalah dengan kehendak abangnya itu. Tunggal Mata memasang helah dengan menyuruh abangnya masuk ke dalam keranda tersebut, si abang yang tidak tahu akan muslihat si adik pun masuk ke dalam keranda tersebut. Apabila si abang masuk ke dalam keranda itu, si adik pun menutup pintu keranda dan mengikatnya dengan rotan beberapa kali sehingga dia merasa yakin bahawa si abang tidak akan mampu keluar dari keranda itu lagi.

keranda_kayu

Empat Mata yang mula menyedari dia diperangkat dan dikurang di dalam keranda tersebut mula meronta-ronta untuk melepaskan diri. Namun oleh kerana keranda tersebut diperbuat dari kayu belian maka Empat Mata tidak dapat melepaskan diri ditambah lagi keranda tersebut telah diikat dengan rotan. Empat Mata mula menagih simpati si adik supaya mengeluarkannya dari keranda tersebut, namun rayuannya tidak dihiraukan menyebabkan Emapat Mata kehilangan nafas dan pengsan di dalam keranda tersebut.

Tunggal Mata Memerintahkan pengikutnya supaya mengusung keranda tersebut dan mengantungkannya di dalam gua Gomantong, semasa keranda tersebut digantung pengikut Tunggal Mata mendengar suara Empat Mata merayu namun tiada siapa yang memperdulikannya. Setelah selesai mengikat keranda tersebut, mereka pun pulang ke Bukit Garam. Selepas beberapa seketika gua ini telah dikunjungi ramai penduduk kampung yang miskin untuk meminta restu kepada Empat Mata yang sudah meninggal pada waktu itu. Mereka yang benar-benar miskin sahaja akan mendapat kesenangan stelah berkunjung ke gua tersebut.

gua

Selepas kematian saudara kandungnya si Empat Mata, membolehkan Tunggal Mata memerintah Bukit Garam dengan aman dan damai sehingga rakyat tidak lagi gusar kerana Tunggal Mata tidak sekejam abangnya. Selain itu, Tunggal Mata sangat penyayang kepada kanak-kanak dan mudah mesra dengan penduduk di bawah pemerintahannya. Namun pemerintahan Tunggal Mata tidak bertahan lama kerana dia jatuh sakit dan meninggal dunia. Ada yang mengatakan dia terkena sumpahan Si Empat Mata menjelang Kematiannya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.