Lagenda Arung Salamiah, Kisah Percintaan Agung

Jika bercerita mengenai Sabah, pasti akan terbayang di kepala anda tempat-tempat dan nama-nama menarik seperti Kundasang, Ranau, Kota Kinabalu, dan sebagainya. Nama dan tempat tersebut cukup senonim dengan negeri Sabah Atau disebut juga Negeri Di Bawah Bayu yang menjadi destinasi pelancongan jika berkunjung ke sana. Namun begitu pernahkah anda mendengar atau mengenali siapakah Arung Salamiah? Generasi muda hari ini tentu tidak mengenali siapa Arung Salamiah ini.

lagenda_salamiah

Untuk pengetahuan Pembaca urangsabah.com semua, Arung Salamiah merupakan sebuah kisah lagenda percintaan agung antara dua jiwa. Kisah percintaan ini terkenal di Pulau Boheydulang, Semporna. Kisah percintaan agung antara seorang gadis cantik bernama Arung Salamiah dengan seorang pemuda bernama Tanjung Kalang. Kisah bermula dengan pengembaraan Tanjung dalam usahanya menjejaki Salamiah yang lari ke sebuah gua kerana tidak mahu dijodohkan dengan Datu Atik.

Datu Atik merupakan seorang yang mempunyai pangkat yang besar pada katika itu, beliau juga terkenal dengan kezalimannya terhadap penduduk kampung. Datu Atik memiliki isteri yang ramai, walaupun mempunyai isteri yang ramai Datu Atik tetap menginginkan Salamiah sebagai milik. Keluarga Salamiah tidak dapat berbuat apa-apa selain menurut perintah dan kehendak Datu Atik yang memiliki pengaruh dan kuasa di kampung tersebut. Selepas mengetahui bahawa dirinya akan dijodohkan dengan Datu Atik, Salamiah melarikan diri demi menyelamatkan maruah diri.

salamiah

Untuk pengetahuan Para pembaca urangsabah.com, berikut merupakan cerita lisan yang disampaikan oleh salah seorang penduduk mengenai Arung Salamiah. Salamiah merupakan seorang penari yang baik dan sangat cantik, para penonton sangat suka melihat beliau menari. Liuk-lentok tubuhnya bagaikan memgambarkan suasana hatinya sama ada gembira, sedih atau marah. Menurut masyarakat setempat lagi, Arung Salamiah telah dipinang oleh Datu Atik yang terkenal sebagai seorang yang sangat zalim dan mempunyai ramai isteri. Datu Atik tertarik pada Salamiah ketika melihat Salamiah membuat persembahan tarian.

Keluarga Salamiah terpaksa menerima pinangan Datu Atik kerana menghormati keluarga ternama tersebut dan demi menyelamatkan maruahnya, Salamiah telah melarikan diri ke dalam sebuah gua dan dikatakan telah ghaib ketika bersembunyi di dalam gua tersebut. Tetapi hingga kini ada yang mengatakan melihat kelibat Salamiah di gua tersebut sedang mengintai seolah-olah menanti kekasihnya yang telah pun dibunuh oleh pengikut-pengikut Datu Atik.

Arung_Salamiah

Namun begitu, ada juga cerita yang mengatakan Salamiah telah lari bersama adik angkatnya, Arung Saria ke dalam gua. Tetapi setelah sampai di pintu gua mereka berpakat untuk berpecah bagi mengelak dari dikesan oleh orang-orang Datu Atik. Setelah beberapa seketika Slamiah ghaib dalam gua tersebut manakala adik angkatnya berjaya melarikan diri ke suatu tempat. Pada masa yang sama Tanjung dan rakan-rakannya telah terbunuh ketika bertarung dengan pengikut-pengikut Datu Atik di persisir pantai berdekatan dengan sebuah perkampungan. Datu Atik yang gagal menemui Salamiah telah bertindak kejam dengan membunuh seluruh penduduk kampung dan rumah-rumah mereka dibakar sehingga rata. Legenda tersebut bukan cerita dongeng atau rekaan sebaliknya kisah benar yang diceritakan secara turun temurun oleh masyarakat Bajau khususnya di Semporna, Sabah.

salamiah

Kisah percintaan agung ini dikatakan berlaku pada abad ke-18 masihi dan ramai yang tidak mengetahuiny kerana kisah ini disampan dari pengetahuan ramai bagi tujuan keselamatan. Salah seorang penduduk telah menemui waris Arung Saria iaitu Adik Angkat Salamiah mengatakan bahawa lagenda Arung Salamiah adalah cerita benar dan salah satu buktinya adalah sebuah naskhah jawi milik bapanya yang menceritakan tentang lagenda tersebut. Beliau berkata bahawa naskhah ini diwarisi dari turun-temurun oleh keturunan Saria dan bukti kewujudan kisah ini masih dapat dilihat di gua yang menjadi tempat persembunyian Salamiah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.