Kes Denggi Di Sabah Meningkat Dengan Mendadak

KOTA KINABALU, 26 Mac – Jumlah kes denggi di Sabah meningkat dengan mendadak sejak Disember lalu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata seperti dimaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Kinabalu, jumlah kes denggi telah meningkat dengan mendadak sejak bulan Disember dan telah mencatatkan satu kes kematian di Taman Puterajaya Telipok melibatkan seorang kanakkanak.

Katanya, peningkatan kes adalah sebanyak 183 kes berbanding minggu kajian tentang penyakit yang sama pada 2017.

“Ini adalah satu angka peningkatan yang amat membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena program Gotong-Royong Bersepadu di Kampung Pulau Penampang dan Suang Parai, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Jainab berkata aspek kebersihan menjadi salah satu agenda keutamaan kerajaan.

Jelasnya, ia amat penting kerana usaha untuk memelihara dan mengekalkan kebersihan persekitaran masyarakat membawa banyak manfaat bukan sahaja kepada kesihatan tetapi juga kepada kelestarian alam semula jadi.

“Suka saya tekankan pada hari ini bahawa antara langkah kawalan yang paling berkesan untuk menghapuskan penyakit ini adalah melalui penghapusan tempat pembiakan nyamuk.

“Langkah-langkah proaktif harus kita ambil seperti jika demam datanglah ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemerikasan dan rawatan awal kerana ia boleh membawa maut. Sesungguhnya, sokongan dan kerjasama semua ahli masyakarat di peringkat akar umbi serta penduduk setempat seperti yang kita lakukan pada hari ini adalah sangat penting dan berkesan,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Bahari Hassan.

SUMBER – Petikan berita daripada Utusan Borneo Online (2018-03-26)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.