Kerana WeChat Maruah Tergadai Di Manggatal

Kota Kinabalu, polis telah menahan lima orang remaja lelaki yang didapati bersalah dalam jenayah rogol. Lima orang lelaki ini masing-masing berusia antara 13 hingga 18 tahun yang dipercayai telah merogol seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun. Kejadian ini dikatakan berlaku pada Rabu yang lalu di sebuah bangunan usang di daerah Manggatal, Kota Kinabalu.

menggatal

Siasatan awal yang dilakukan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra mendapati kejadian rogol ini berlaku pada jam tiga petang. Mangsa dibawa oleh kenalan lelaki yang baru dikenalinya selama tiga minggu melalui aplikasi WeChat Ke sebuah bangunan usang tersebut. Mangsa dikatakan menemui remaja lelaki terbabit di sebuah taman di Manggatal sebelum dibawa ke tempat kejadian.

bangunan usang

Lokasi mangsa dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di bangunan usang, Menggatal, Kota Kinabalu

Menurut mangsa, pada mulanya lelaki yang dikenalinya di WeChat mengatakan ingin menemuinya di sebuah taman yang terletak di Menggatal. Di taman tersebut Mangsa mendapati ada lima orang lelaki dan mereka hanya berbual kosong sebelum suspek mengajak mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal. Walau bagaimanapun, mangsa dikatakan terpaksa mengikut susupek ke bangunan tersebut dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan menuju tempat kejadian mangsa dikatakan cuba untuk melarikan diri, namun suspek menghalangnya dan berjanji untuk menghantar mangsa pulang ke rumah. Termakan dengan kata-kata manis si lelaki akhirnya mangsa mengikuti suspek ke tempat kejadian sebelum dirogol beramai-ramai.

wechat

Menurut apa yang diceritakan oleh mangsa kepada pihak polis, setelah sampai di tempat kejadian mangsa dan suspek hanya berbual-bual kosong sebelum suspek menyuruhnya berbaring di lantai. Mereka kemudiannya berbual dalam keadaan berbaling selama beberapa minit sebelum kelima-lima suspek bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir. Mangsa yang ketika itu hanya berseorangan tidak mampu berbuat apa-apa dan mangsa ditinggalkan di tempat kejadian sesudah suspek merogolnya. Situasi ini sesuai dengan satu peribahasa melayu ‘sesal dahulu pendapatan sesal kemuadian tiada guna.

Walau bagaimanapun, suspek tidak terlepas begitu saja kerana ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua’. Hasil siasatan polis dan maklumat yang diberikan oleh orang awam, kelima-lima suspek berjaya ditahan polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas laporan dibuat oleh mangsa pada 26 Julai yang lalu. Kesemua suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. Sehubungan itu, orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membiarkan anak terutama perempuan berjalan seorang diri bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa rogol.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.