Kawat Kematian Di Sandakan, Sabah

Kematian paling ramai telah direkodkan semasa penjajahan tentera Jepun di Borneo Utara. Peristiwa ini dikenali sebagai tragedi kawat kematian Sandakan, dalam kejadian ini direkodkan seramai 60,000 kematian orang awam yang merupakan hamba kerahan Indonesia dan juga tahanan perang pihak Berikat. Selepas Perang Dunia ke-2 hanya enam orang yang dikatakan selamat, semasa pemeriksaan dilakukan.

kawat

Pada tahun 942, orang awam Indonesia bersama tahanan perang Australia dan British telah dihantar ke Borneo Utara melalui jalan laut, semasa kejatuhan Singapura. Orang awam yang diimport dari Pulau Jawa ini bertujuan untuk dijadikan buruh paksaan untuk membina padang terbang Sandakan yang menjadi milik Jepun pada ketika itu. Tahanan akan dipaksa untuk bekerja, dipukul dan tidak mendapat makanan serta ubatan yang cukup. Kebanyakkan dari tahanan akhirnya mati kerana tidak mampu untuk bertahan di sebabkan oleh penyakit berjangkit.

Komanda kem Kapten Hoshijima Susumi telah memutuhkan untuk memindahkan saki baki tahanan yang masih bertahan pada tahun 1945. Untuk pengetahuan pembaca urangsabah.com, saki baki tahanan ini telah dipindahkan ke pedalaman Ranau, kira-kira 250 kilometer dari tempat mereka ditahan. Menurut Komanda Hoshijima, beliau hanya menurut arahan komander Pemerintahan ke-37 dalam Tentera Jepun iaitu Leftenan Gen Masao Baba. Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit.

kawat

Untuk pengetahuan para pembaca urangsabah.com, terdapat tiga kawat yang telah dibina oleh tahanan tentera Jepun. Kawat pertama dibina pada januari hingga Mac pada tahun 1947, yang merentasi kawasan paya, hutan tebal dan kemudian melalui kawasan cerun bahagian timur Gunung Kinabalu. Kekejaman pihak Jepun tidak berakhir disini, Jepun telah memilih 470 banduan bagi mengangkut bagasi dan bekalan makanan yang difikirkan cukup cergas untuk mengiringi batalion tentera Jepun di penempatan baru iaitu di bahagian pantai barat Sabah. Para tahanan ini telah memulakan perjalanan ke Jesselton, kebanyakan tahanan menderita kerana kekurangan zat makanan dan jangkitan penyakit.

Masa yang diambil untuk sampai di Ranau, mengambil masa sembilan hari berjalan kaki. Namun begitu, pihak Jepun memberi bekalan makanan kepada tahanan hanya untuk empat hari. Tahanan yang tidak mampu untuk bertahan akhir mati seperti yang terjadi dalam Kawat Maut Bataan di Filipina. Untuk pengetahuan pembaca setia urangsabah.com, tahanan yang tidak mampu bertahan akan ditinggalkan dalam perjalanan dan dibiarkan mati. Apabila sampai di Ranau, mereka yang masih bertahan telah diarahkan untuk membina kem sementara. Pada 26 Jun 1945, tahanan kawat pertama hanya tinggal enam orang sahaja, iaitu lima orang askar Australia dan seorang askar British.

kawat

Kawat kedua telah dibina oleh 536 tahanan pada 29 Mei 1945, Tahanan kedua lebih lemah dari tahanan pertama. Seperti tahanan pertama mereka juga diberikan catuan makanan yang tidak mencukupi dan dipaksa untuk mencari makanan sendiri di dalam perjalanan. Kawat kedua ini mengambil masa selama 28 hari. Tahanan kedua tiba di Ranau pada 24 JUn 1945 dan mereka semua terkejut apabila mendapati hanya enam tahanan sahaja yang masih hidup dari tahanan kawat pertama. Dalam tahanan Kawat Kedua kebanyakan mereka mula sakit dan askat Jepun hanya membiarkan mereka mati tanpa memberi makanan. Dalam Kawat Terakhir tiada seorang pun mampu bertahan, setiapa dari mereka terlampau letih dan ada yang ditembak mati oleh tentera Jepun.

kawat

Lima orang askar Australia termasuk seorang tentera British berjaya melarikan diri, mereka mendapat bantuan dari penduduk tempatan yang memberikan mereka makanan dan menyembunyikan mereka sehingga perang berakhir. Daripada 6 orang yang terselamat, hanya 3 orang terselamat daripada kesan penyeksaan yang mereka terima di kem tahanan dan mereka menjadi orang penting dalam perbicaraan Kes Kekejaman Perang Jepun yang diadakan di Tokyo dan Rabaul. Mereka menjadi saksi utama dan menceritakan segala kekejaman Askar Jepun untuk tatapan seluruh dunia.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.