Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Lemas Di Tambunan

TAMBUNAN, 20 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui maut dipercayai lemas ketika beriada bersama keluarganya di Sungai Marang Kik, Jalan Skim Purutan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi tadi, mangsa, Nathneal Liocember Herman, 10, ditemui pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, kira-kira 100 meter dari lokasinya terjatuh ke dalam sungai terbabit.

Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Lemas Di Tambunan

Sungai Marang Kik dimana kanak-kanak lelaki tersebut ditemui lemas. Foto – TV9

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang lebih kurang 12 jam selepas terjatuh dari tebing sungai sebelum dihanyutkan arus deras kira-kira pukul 6. 45 petang semalam.

Komander Operasi BBP Tambunan, Desmond Ak Micky @ Dominic berkata, seramai tujuh anggota dan dua buah utiliti dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 petang, semalam.

Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Lemas Di Tambunan

Foto BERNAMA

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan bertugas segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), seorang kanak-kanak lelaki yang disyaki lemas di sungai. Hasil pencarian, mayat mangsa ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pada pada pukul 6 pagi tadi,” katanya hari ini.

Mayat mangsa, seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SUMBER – Petikan berita daripada Kosmo! Online (20 Mac 2018 | 2:56 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.