Jambatan Labuan-Menumbok Dijangka Siap Pada 2023

LABUAN, 30 Mac – Jambatan Labuan-Menumbok yang menghubungkan pulau bebas cukai ini dengan tanah besar Sabah dijadualkan siap pada 2023, kata Anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Beliau berkata, projek itu akan dilaksanakan sebaik sahaja kajian tekno-ekonomi kebolehlaksanaan untuk projek jambatan itu selesai pada Disember tahun ini.

“Semasa persidangan Parlimen Rabu lepas, saya telah mengemukakan soalan berhubung perkembangan projek ini. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan menjawab bahawa kementerian menerusi Perbadanan Labuan telah mengambil tindakan segera untuk melaksanakan kajian pelaksanaan cadangan jambatan itu,” katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, perubahan pada tujuan dan skop kajian kebolehlaksanaan itu menggambarkan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk membina jambatan Labuan-Menumbok yang pastinya memberi manfaat ekonomi dan meningkatkan hubungan antara kedua-dua kawasan iaitu Labuan dan tanah besar Sabah.

Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata, isu pembinaan jambatan yang sekian lama akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Labuan 2030 serta menyerahkan surat lantikan perunding bagi kajian kebolehlaksanaan pembinaan jambatan itu pada 18 Januari lepas.

SUMBER – Petikan berita daripada BERNAMA via KOSMO Online! (30 Mac 2018 11:38 AM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.