Industri Rumpai Laut Bawa Kesan Positif Pada Ekonomi

SEMPORNA, 30 Mac – “Industri rumpai laut yang diusahakan masyarakat Semporna membawa kesan ekonomi yang sangat positif khususnya kepada golongan nelayan kerana ia kini mendapat permintaan bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara,” kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban.

“Jika dahulu rumpai laut hanya dijadikan sebagai lauk makanan semata-mata namun kini manfaat dan khasiat rumpai laut telah dipelbagaikan sehingga mendapat permintaan bukan sahaja dari dalam negara malah luar negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program sepakat komuniti 1Malaysia sempena program Gelombang Nelayan Nasional Seaweed Splash 2018 di sini, malam ini.

Ramlee berkata, berikutan kajian dan penyelidikan yang dijalankan, rumpai laut telah mempunyai pasarannya yang tersendiri.

Katanya, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berusaha membantu pengusaha rumpai laut menambah pendapatan mereka dan mengangkat industri rumpai laut di daerah ini.

“Rumpai laut yang dikeluarkan dari daerah ini sememangnya berkualiti dan Semporna mempunyai potensi untuk diketengahkan sebagai hab pengeluar utama rumpai laut di negeri dan negara ini,” katanya.

Mengenai program malam ini beliau berkata ia memberi banyak manfaat bukan sahaja untuk mempromosi rumpai laut tetapi juga dapat menarik kedatangan pelancong ke Semporna lantas menambah pendapatan masyarakat setempat.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (30 MAC 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.