Head Hunter Di Sabah, Mitos Atau Lagenda?

Pengait atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai “Head Hunter” merupakan panggilan kepada pemburu kepala manusia untuk dijadikan berian kahwin ataupun sebagai tanda kepahlawanan. Pengait mungkin hanya legenda atau sekadar cerita lipur lara semata-mata. Melalui cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut pengait dianggap sebagai seorang pahlawan dan pelindung bagi kaumnya.

pengait

Pada abad ke-16 hingga abad ke-17, pengait telah diakui menjadi budaya kuno masyarakat suku kaum Rungus di Sabah. Pengait atau “Head Hunter” merupakan pahlawan pada zaman dahulu, semakin banyak kepada yang dipenggal semakin terbukti kepahlawan seseorang. “Head Hunter” itu merujuk kepada pahlawan yang memenggal kepala musuhnya yang merupakan penceroboh, pencuri, lanun dan sebagainya. Mereka juga dikenali sebagai pahlawan yang perkasa dan digeruni kerana mereka akan memenggal kepala musuh-musuhnya.

pengait

Kewujudan golongan ini dibuktikan dengan adanya tengkorak-tengkorak yang sesetengahnya masih disimpan oleh pewaris ataupun di muzium dan rumah-rumah kebudayaan. Pengait merujuk kepada mereka yang memenggal kepala untuk tujuan penyembahan bagi pembinaan jambatan atau pelantar-pelantar minyak. Mengikut cerita lisan yang diceritakan oleh orang- orang terdahulu kepala yang dipenggal akan dijadikan sebagai tebusan kepada penunggu di tempat yang dibuka untuk membina bangunan terutamanya jambatan.

pengait

Kehadiran pengait masa itu dikaitkan dengan pembinaan jambatan baru di Kg. Labuaya, Tuaran. Kepala manusia kononnya digunakan untuk menjamu semangat sungai agar jambatan tersebut akan kukuh dan tidak menelan nyawa di kemudian hari. Pemburu kepala manusia atau dikenali ‘pengait’, kononnya menyasarkan mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak untuk disimpan pada lubang tiang sesebuah jambatan bagi mengukuhkan dan menguatkan lagi struktur pembinaannya.

pengait

Difahamkan, proses tersebut dilakukan oleh pawang tertentu supaya jambatan berkenaan lebih kukuh dan tahan lama.
Kepala berkenaan kononnya untuk santapan bagi membayar ‘ganti rugi’ kepada penunggu yang mendiami kawasan pembangunan terutama sekali jambatan. Namun begitu setakat ini tidak ada bukti yang menyokong kewujudannya. Walau bagaimanapun ianya benar-benar wujud terutamanya di pedalaman Sabah seuatu ketika dahulu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.