Gempa Bumi Lemah Landa Ranau

KOTA KINABALU, 4 Apr – Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter melanda Ranau, jam 10.12 malam tadi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud, dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 5 kilometer (km) dan terdapat gegaran.

“Gegaran itu dirasai di sekitar Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu, namun tiada ancaman tsunami dilaporkan,” katanya.

Sebelum ini, pada 8 Mac lalu, satu gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter dengan kedalaman 5 km dilaporkan berlaku di Ranau.

Sebelum ini, gempa bumi paling kuat di Sabah berukuran 5.9 pada skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 serta beberapa gempa susulan selepas itu.

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian Online (4 April 2018 | 11:30pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.