Cuaca Panas Di Sabah Jangka Berterusan Seminggu Lagi

KOTA KINABALU, 4 Apr – Cuaca panas di Sabah dijangka berterusan selama seminggu lagi, namun suhu masih dalam keadaan normal.

(Gambar atas) Seorang pencuci kereta di Tanjung Aru, Frederick John, 35, mencuci kereta pelanggan dalam cuaca panas, di Kota Kinabalu. FOTO BH Online

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azemi Daud, berkata suhu maksimum semasa di negeri ini ialah 33 darjah Celcius iaitu normal dan selamat.

“Cuaca panas yang dialami sekarang adalah disebabkan kurang hujan dan angin tenang sejak sebulan lalu. Bagaimanapun, ia masih dianggap selamat jika suhu di bawah 35 darjah Celcius,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azemi berkata, Jabatan Meteorologi akan mengeluarkan amaran gelombang haba tahap satu sekiranya kawasan mencatatkan suhu lebih daripada 35 darjah Celcius dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Berdasarkan ramalan cuaca minggu ini menerusi laman web MetMalaysia, negara berhadapan dengan suhu terendah dijangka 22 darjah Celcius dan paling tinggi 33 darjah Celcius dan hujan di satu atau dua tempat.

SUMBER – Petikan berita daripada BH Online (4 April 2018 | 2:17pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.