Bom Ikan Ditemui Ditanam Di Pulau Kukuban

KUDAT, 3 Apr – Pasukan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kudat merampas sejumlah bahan letupan dipercayai bom ikan yang digunakan dalam aktiviti menangkap ikan di perairan Pulau Kukuban di sini semalam.

(Gambar atas) Sebahagian daripada bahan letupan yang ditemui tertanam di pantai Pulau Kukuban semalam.

Bahan letupan tersebut dijumpai ditanam di dalam pasir pantai pulau itu oleh pihak Renjer Kehormat Hidupan Liar dan Renjer Kehormat Taman-Taman Sabah kira-kira pukul 11.45 malam, Ahad lalu.

Pengarah APMM Kudat, Leftenan Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, sepasukan anggota APMM yang sedang menjalankan rondaan di sekitar Pulau Kukuban segera ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung penemuan bahan letupan itu pada pukul 12.20 tengah hari.

“Hasil siasatan yang dijalankan kami menemui sejumlah bahan letupan antaranya lima botol air 1.5 liter dan satu botol kaca berisi baja urea serta enam biji ‘detonator’ iaitu sejenis peledak.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan memandangkan kesemua bahan letupan dijumpai ditanam di dalam pasir,” katanya di sini hari ini.

SUMBER – Petikan berita daripada KOSMO! Online (03 April 2018 5:38 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.