Asal usul Dan Sejarah Kota Belud, Sabah

Daerah Kota Belud terletak di bahagian pantai barat Sabah. Perjalanan dari Kota Belud ke Kota Kinabalu sejauh 90 kilometer iaitu dengan mengambil masa selama satu jam. Suatu masa dahulu Kota Belud hanya sebuah perkampungan kecil. Kota Belud menpunyai penduduk sebanyak 93,100 orang yang dianggarkan pada tahun 2012. Sebahagian daripada penduduk Kota Belud ialah dari Kaum Samah (Bajau), Dusun (Tindal), Tionghoa (Cina), Irranun dan Ubian. Daerah ini turut mendapat gelaran sebagai “Daerah Koboi Timur” kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.

kota belud

Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan Tamu Besar atau Pasar Terbuka yang diadakan setiap hujung minggu (ahad). Pada hari Ahad setiap minggu, para penduduk tempatan berkumpul di tapak tamu untuk berurus niaga, dan bertukar-tukar cerita dan pandangan. Bagi penduduk tempatan, tamu lebih kepada tempat mereka bersosial daripada untuk kegiatan komersial. Peniaga yang datang dari bandar besar menjual barangan seperti kaset dan kalkulator. Walaupun penduduk Kota Belud terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, majoriti penduduk merupakan orang yang berbangsa Bajau. Generasi demi generasi, mereka membesar dengan sifat semulajadi yang tertarik kepada kuda, sekali dengan reputasi mereka sebagai pahlawan yang gagah dahulu kala dengan kepakaran mereka dengan kuda. Pada masa kini, mereka melatih kuda untuk kelab lumba kuda.

kota belud

Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, yakni “kota” yang bermaksud kubu pertahanan manakala “belud” pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai “Kubu Pertahanan di atas Bukit”. Mengikut cerita lisan yang disampaikan dari mulut ke mulut bahawa pada zaman dahulu, Sebelum wujudnya pemerintahan di Kota Belud, Sering terjadinya permusuhan dan perbalahan di antara kaum dan antara kampung. Bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk berlindung dan bertahan dari serangan musuh.

Pada ketika itu, Kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, untuk berlindung dari diserang oleh musuh. Bukit tersebut dikenali sebagai Kota Belud. Setelah wujudnya pemerintahan di Sabah, Berlakunya pembahagian kawasan dan wilayah. Bermula dari sinilah daerah ini dikenali sebagai Kota Belud. Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah, telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan lain, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.

kota belud

Namun kini, Kota Belud telah menjadi salah satu tempat pelancongan yang terkenal di sabah, salah satu kawasan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di Kota Belud ialah Pulau Mantanani. Keindahan dan ketenangan air lautnya yang membiru pastinya akan menggamit pemandangan pengunjung yang tiba buat kali pertama. Pulau Mantanani adalah pulau terpencil yang masih mempunyai pelbagai keindahan alam semulajadi yang yang terletak di Barat Laut Kota Belud. Untuk ke sana pengunjung perlu menaiki bot laju yang mengambil masa selama sejam dari jeti Kuala Rampaian, dan akan mengambil masa selama satu setengah jam jika dari Kuala Abai.

kota belud

Dari sebuah pekan kecil, Kota Belud kini membangun dengan pesat dan terus maju setanding dengan daerah luar bandar lain di negara ini.
Sepanjang 10 tahun yang lepas, kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di daerah yang terkenal dengan gelaran pekan “cowboy” ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.