Antanom Anak Rimba, Pahlawan Berjiwa Besar

Nama Antanom bukanlah satu nama asing bagi penduduk Sabah, Antanom merupakan pejuang yang menentang penjajahan British Suatu ketika dulu. Antannom merupakan suku kaum Murut Tagol yang memiliki kepandaian bermain senjata dan bertarung. Beliau dilahirkan pada tahun 1885 di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Masinpunon, beliau dibesarkan dalam keadaan yang penuh dengan persengketaan antara kaum dan ancaram dari amalan memburu kepala atau dalam bahasa Dayak disebut sebagai ‘Pengayau’. Beliau dibesar dan dididik untuk menjadi seorang pahlawan atau ‘Kalawon’ yang disenangi oleh kaumnya.

antanom_pejuang

Nama sebenar Antanom ialah Ontoros anak lelaki Antanom, merupakan ketua kaum Murut di Rundum. Pada umur 30 tahun Antanom telah berjaya menyatupadukan kaum Murut untuk menentang SBUB yang menindas mereka pada masa itu. Oleh kerena itu, beliau telah diangkat menjadi ketua kaum Murut bagi menentang pentadbiran SBUB.

Antanom bukan sahaja dikagumi kerana kehebatannya mengetuai pemberontakan menentang SBBU, tetapi bagaimana beliau bertindak dalam menyatupadukan kaum Murut yang pada ketika itu dilanda persengketaan antara suku-suku. Kerana pada ketika itu suku-suku kaum Murut bertelagah antara mereka. Perjuangan Antanom bermula sejak tahun 1909, bermula apabila pihak SBUB membuat pelbagai peraturan baru yang menyusahkan rakyat tempatan. Kemarahan kaum Murut seterusnya berlaku apabila SBBU bertindak membina jalan yang merentangi kawasan hutan di kawasan Rundum dan memaksa orang-orang Murut untuk membina jalan raya di kawasan pedalaman. Tindakan tersebut tidak disenangi oleh kaum Murut yang menganggap perbuatan tersebut akan mengganggu roh nenek moyang mereka.

antanom

Sebab lain yang menjadi penyebab kebangkitan Kaum Murut menentang SBUB iailah kerena British melarang dan tidak membenarkan oaran-orang MUrut membuka tanah baru. Hal ini menyebabkan mereka merasa hak mereka dicerobohi oleh pihak luar. Larangan membuka tanah baru juga menyebabkan kaum Murut kekurangan beras dan kebuluran. Selain itu, British juga telah mengenakan cukai yang membebankan penduduk tempatan, antara cukai yang dikenakan British ke atas penduduk ialah cukai kepala, British telah memperkenalkan cukai kepala kepada penduduk kampung yang mana setiap kepala mesti membayar satu dollar, Mengenakan cukai tanaman, Kaum Murut dipaksa membayar cukai tanaman bagi setiap satu ekar tanaman sebanyak 50 sen. Manakala, setiap pokok kelapa yang mengeluarkan tuak dikenakan cukai sebanyak 25 sen. cukai-cukai lainnya ialah cukai tangkapan ikan besar dan cukai memelihara anjing sebanyak satu dollar satu ekor.

Penentangan juga dilakukan disebabkan oleh syarikat SBUB memaksa masyarakat Murut menjadi buruh paksa, pemuda dari kalangan kaum Murut dijadikan buruh paksa oleh British untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf dari Tenom hingga Rundum. British juga telah berlaku zalim terhadap keluarga kaum Murut, British mengarahkan suami isteri kaum Murut tinggal berasingan di sebelah menyebelah sungai, setiap kali mereka berkunjung, mereka akan dikenakan cukai sebanyak satu dollar. Mereka yang mempunyai lebih dari satu orang anak akan diambil sebagai buruh paksa oleh SBUB.

pertempuran

Oleh kerana tidak tahan teru ditindas oleh British, Antanom telah menyatukan orang-orang Murut untuk menentang SBUB demi menebus maruah mereka. Pada bulan Febuari tahun 1915, Antanom bersama pengikutnya telah menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan. Manakala pada bulan Mac 1915 Antanom telah memimpin kira-kira 600 orang pahlawan kaum MUrut untuk menyerang Rundum dan telah berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB, kejayaan ini telah menaikkan lagi semangat juang orang-orang Murut dan pengikut Antanom bertambah ramai menjadi 900 orang. Sebagai langkah berjaga-jaga Antanom dan pengikutnya telah membina kubu yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah yang terletak di Sungai Selangit.

Sebagai tindak balas, SBUB telah menghantar 400 orang tentera yang lengkap bersenjata api untuk menyerang kubu Antanom di Sungai Selangit. Antanom dan pengikut-pengikutnya yang hanya bersenjata lembir, tombak dan sebagainya tidak gentar untuk melawan tentera SBUB. Pertempuran yang sengit telah berlaku pada tahun 1915 pada bulan April. Pertempuran ini berlangsung selama dua bulan, ramai orang-orang Murut tercedera. Pertempuran ini berakhir dengan kekalahan Antanom dan pengikutnya dalam mempertahankan Rundum, Perjuangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

antoros antanom

Kesan daripada Kebangkitan ini, menyebabkan SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom dan kaum Murut. Lapan orang kanan Antanom telah dibuang daerah ke Kudat, manakala pengikut yang lain dijadikan buruh paksa oleh SBUB untuk memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga Keningau. Orang-orang Murut pula dipaksa untuk bersumpah taat setia kepada SBUB bagi mengelakkan kebangkitan sekali lagi. Sebahagian kaum Murut telah berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB.

Perjuangan Antanom dan pengikutnya harus dikenang dan dijadikan pengajaran. Generasi kini harus bersikap seperti Antanom yang tegas mempertahankan haknya daripada penjajah dan tidak gentar melawan musah walau harus berkorban nyawa demi maruah dan bangsa.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.