Anak Ikan Paus Terdampar Di Pantai

KUDAT, 2 Apr – Seekor anak ikan paus dianggarkan seberat 2.2 tan ditemukan terdampar di pantai Kampung Indarason Laut, di sini kira-kira jam 5 pagi pada Isnin.

Anak Ikan Paus Terdampar Di Pantai

Anak ikan paus ‘Bryde’s Whale’ yang ditemukan terdampar di pantai Kampung Indarason Laut, Kudat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah Kolonel (PA) Kamal Mokhtar berkata, spesis berkenaan dipercayai ikan paus jenis Bryde Whale.

Menurutnya, ikan terbabit berukuran kira-kira lima meter panjang dan selebar 1.3 meter.

“Selepas menerima panggilan dari Pusat Kawalan Operasi Kota Kinabalu, petugas APM di Pusat Kawalan Operasi Daerah Kudat terus bergerak ke lokasi. Petugas APM membantu agensi yang terlibat dan orang kampung menyiram air laut pada ikan paus terbabit. Ia bagi mengelak ikan paus berkenaan mati,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Anak Ikan Paus Terdampar Di Pantai

Beliau berkata, para petugas bekerjasama dengan agensi lain serta penduduk kampung memindahkan ikan paus ke laut.

Katanya, ikan paus berkenaan akhirnya berjaya dilepaskan semula ke laut kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, antara agensi yang terlibat termasuklah polis, Taman-Taman Sabah, Jabatan Perikanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan warden Jabatan Hidupan Liar.

SUMBER – Petikan berita daripada Utusan Borneo Online (2018-04-02)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.