ADUN Paginatan, Datuk Siringan Gubat Meninggal Dunia

KOTA KINABALU 21 Mac – Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Siringan Gubat, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 10.57 malam tadi.

Beliau meninggal seminggu selepas seorang anggota kabinet Sabah, ADUN Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang juga Menteri Belia dan Sukan, meninggal dunia akibat kanser.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO) Albert Bingkasan dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Siringan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles di sini, malam tadi.

Bingkasan berkata mendiang Siringan, yang juga timbalan presiden UPKO akan dibawa ke Kampung Kinirasan, Ranau pada 23 Mac untuk dikebumikan pada hari berikutnya (24 Mac).

Siringan merupakan Anggota Parlimen Ranau sejak 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Paginatan pada 2013.

SUMBER – Petikan berita daripada BERNAMA via Utusan Online (21 Mac 2018 10:02 AM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.