Tiga Pelajar Mati Lemas Di Membakut

Pada 29 April yang lalu, tiga orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan, Sabah ditemukan meninggal dunia di sebuah resort di Membakut, Beaufort. Ketiga-tiga mangsa dipercayai mati lemas ketika menyertai aktiviti perkhemahan kem kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Kejadian dikatakan berlaku apabila pelajar tersebut melakukan aktiviti melalui trek berair pada paras peha, tetapi malang menimpa tiga daripada 120 orang pelajar yang menyertai program perkhemahan tersebut apabila mereka tersasar dari laluan asal. Sebaliknya mereka tersasar ke laluan yang dalam lalu lemas. Kejadian ini tidak disedari oleh mana-mana guru pengirim dan pelajar-pelajar yang lain.

lemas membakut

Kehilangan tiga remaja terbabit hanya disedari apabila aktiviti tersebut selesai dan semua pelajar berkumpul. Walau bagaimanapun mangsa ditemukan oleh guru pengiring dalam keadaan tidak sedarkan diri di satu laluan ‘jungle trekking’ yang telah digenangi air di resort berkenaan pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Beaufort, Runzee Syamree Ab Thani dalam satu kenyataan akhbar berkata identiti mangsa yang meninggal dunia dikenalpasti sebagai Hafiz Hamizan Abdul Rahman, 16, Danial Norman Norisham, 16 dan Khuzaimi Zakaran, 17.

Kem kepimpinan ini melibatkan 30 orang guru namun pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menerima sebarang laporan tentang adanya aktiviti tersebut dari pihak sekolah. JBPM berkata, pihaknya hanya menerima laporan dan panggilan kecemasan pada pukul 9.41 pagi.

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital berhampiran sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian dan ketiga-tiga pelajar tersebut disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan. Pasukan bomba seterusnya terus membuat pemantauan di lokasi kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat.

mayat

Jadi kepada ibu bapa dan penjaga sila pantau kegiatan anak-anak anda. Pastikan anda tahu ke mana mereka pergi dan aktiviti apa yang mereka sertai. Keprihatian anda sangat penting untuk memastikan nyawa anak-anak anda tidak terancam. Apapun kematian itu pasti dan bagaimana caranya hanyalah sebagai asbab kepada kematian, namun kita sebagai manusia yang telah diberi akal haruslah sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kecelakaan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.