Tarian Lansaran Kaum Murut Di Sabah

Tarian lansaran adalah salah satu tarian tradisional di Sabah. Tarian Lansaran adalah tarian tradisi suku kaum Murut yang ditarikan di satu kawasan lantai khas yang yang berukuran lapan hingga 30 kaki persegi dan dapat menampung 30 orang penari, dan dibina di di suatu ruang rumah panjang suku kaum Murut.

Tarian Lansaran merupakan tarian yang agak bertenaga dan memenatkan. Tarian ini biasanya diadakan bertujuan untuk menyambut hasil padi yang baik, perkahwinan dan sebagai upacara menyambut tetamu. Biasanya tarian Lansaran ditarikn sehingga dua hari lamanya secara beramai-ramai tidak kira tua atau muda.

lansaran

Para penari akan memijak lantai yang seolah-olah berspring dan selepas itu akan akan menghasilkan rentak yang tersendiri. Tarian ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kaum keluarga serta sahabat di samping menjadi suatu daya tarikan pelancong.

Tarian ini biasanya ditarikan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional berwarna hitam dan dihiasi manik-manik yang berwarna-warni, penari lelaki akan memakai topi berbulu burung serta pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna.

Penari tarian ini membuat bulatan sambal melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran. Penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai “kinkilat” (singkowoton) yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah.

lansaran

Kemuncak tarian lansaran ialah berbalas-balas pantun untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa lalu tarian ini diadakan bertujuan untuk menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.