Sejarah Menara Jam Atkinson, Antara Monumen Tertua Di Kota Kinabalu

Setiap bangunan yang dibina biasanya mempunyai sejarah yang tersendiri untuk dikenang dan diingati oleh generasi hari ini. Menara Jam Atkinson atau dengan nama lainnya disebut sebagai Menara Jam Peringatan Atkinson merupakan sebuah menara jam yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Menara Jam Atkinson merupakan antara sebuah bangunan yang tertua di Kota Kinabalu. Namun begitu, menara ini masih gagah berdiri di sebalik kesibukan bandar Kota Kinabalu.

menara_jam

Menara Jam ini didirikan sempena mengingati mendiang Francis George Atkinson, yang meninggal pada tahun 1902 ketika berusia 28 tahun. Kematian beliau disebabkan oleh penyakit malaria atau ‘Demam Borneo’ yang merebak pada ketika itu. Menara Jam bermuka dua ini diperkenalkan oleh ibunya, Nyanya Mary Edith Atkinson sebagai penghormatan kepada anaknya Francis George Atkinson. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1905 iaitu pada bulan April. Selain Menara Jam ini sebuah jalan turut dinamakan sempena nama Francis George Atkinson iaitu Atkinson Drive namun kina nama jalan ini telah diubah menjadi Jalan Istana, jalan ini menghubungkan jalan Tuaran dan pusat Kota Kinabalu.

Nama Asal Menara Jam ini ialah Atkinson Clock Tower. bangunan ini terletak berhampiran dengan Padang Merdeka Kota Kinabalu. Kos pembinaan bangunan ini adalah dari hasil sumbangan keluarga Atkinson dan para pelayar pada ketika itu. Semasa meletusnya Perang Dunia Kedua, pihak Jepun dan British telah mengebom Jesselton (Kota Kinabalu), pengeboman yang teruk menyebabkan hampir kesemua bangunan di Kota Kinabalu musnah. Walau bagaimanapun Menara Jam ini dan dua lagi bangunan yang lain terselamat dan masih teguh berdiri dengan gagahnya sehingga kini.

Atkinson-clock-tower

Bangunan ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku,dibina oleh seorang tukang kapal menggunakan kayu Merbau. Menara ini telah menjadi panduan kapal yang ingin berlabuh di Jesselton pada ketika itu sehingga tahun 1950-an. Menara Jam ini telah mengalami banyak perubahan sejak ianya dibina. Semasa perang, menara ini telah ditembak menggunakan machine gum yang menyebabkan mekanisme Menara Jam ini rosak. Namun begitu, Menara Jam ini telah dibaiki oleh seorang yang bernama Yick Ming Watch Dealers dan sehingga ke hari ini kerja-kerja pembaikan jam ini masih diteruskan dari generasi ke generasi. Pada tahun 1959 bangunan ini telah diubahsuai, bahagian kayu yang rosak akibat perubahan cuaca telah diganti. Manakala jarum jam pula telah ditukar dengan Perspex yang berwarna hitam dan berlatar belakangkan warna putih pada tahun 1961.

atkinson-clock-tower

Menara Jam ini mula berfungsi pada 19 April 1905 ketika menara jam ini masih lagi dalam pembinaan. Struktur dan senibina bangunan ini telah mengalami perubahan yang sangat ketara seiring dengan pembangunan Kota Kinabalu. Penjagaan dan pemeliharaan struktur binaan Menara Jam ini telah diambil oleh pihak Muzium Sabah pada tahun 1979. Tapak bangunan ini telah diwartakan sebagai Simpanan Kerajaan bermula pada bulan Ogos 1983 hinggalah kini. Menara Jam Atkinson yang terletak berhampiran Padang Merdeka satu waktu dulu sepi dan seolah-olah tidak dipedulikan sesiapa. Kelibat pelancong asing dan tempatan yang mengunjungi menara itu juga dapat dikira dan bagi pelancong tempatan ia sekadar sekilas pandangan sahaja.

Namun begitu, apa yang menariknya tentang bangunan ini ialah menurut cacatan sejarah Sabah, bangunan ini merupakan antara tiga bangunan yang terselamat daripada letupan bom semasa Perang Dunia Kedua. Menara Jam ini juga dikatakan bercahaya pada waktu malam untuk menjadi pandu arah kepada pelayan. Selain itu, BUnyi loceng dari jam ini juga dikatakan boleh didengari oleh seluruh penduduk Kota KInabalu. Namun sekarang loceng jam ini sukar untuk didengari lantaran bunyi bising Kota Kinabalu yang pesat dengan pembangunan.

atkinson-menara-jam

Pada 13 Julai 1988 menara itu kemudiannya diwartakan sebagai bangunan bersejarah di bawah seliaan Jabatan Muzium dan Arkib Negeri Sabah.
Seterusnya jam yang menyimpan sejarah ringkas itu terus menjadi lambang serta identiti Kota Kinabalu dan dipaparkan dalam risalah-risalah pelancongan negeri. Jam itu terus sepi sehinggalah LPPB merancang membina bangunan 16 tingkat berhampiran menara jam berkenaan menyebabkan jam itu ‘berdering’ semula.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.