Sejarah Hitam Tragedi Double Six 1976 Kekal Rahsia

Sudah empat puluh satu tahun berlalu sejak Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain terkorban dalam nahas pesawat yang dikenali sebagai Double Six. Selepas lebih empat dekad lamanya, sesetengah daripada penduduk Sabah masih mengingati perasaan saat mendengar berita tersebut dan sehingga kini masih tertanya-tanya punca sebenar disebalik tragedi ini. Kemalangan Double Six atau dikenali sebagai Tragedi Double Six merupakan sebuah nahas kapal terbang yang telah berlaku pada 6 Jun di Kota kinabalu, Sabah.

Double_six_tragedy

Kapal terbang yang dikatakan berlepas dari Labuan telah jatuh dan terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Dalam kejadian nahas itu telah membunuh kesemua penumpang yang berada dalam penerbangan terbabit, termasuklah Tun Fuad Stephens yang merupakan Ketua menteri Sabah pada ketika itu. Manakala penumpang lain yang berada dalam penerbangan tersebut ialah Menteri Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun, dan penolong menteri Darius Binion.

Turut terkorban Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr. Syed Hussein Wafa, Isak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi kepada Tun Fuad Stephens), dan anak sulung Tun Fuad, Johari Stephens. Punca disebalik kemalangan masih tidak diketahui. Beberapa ketika selepas kemalangan, terdapat dakwaan bahawa kemalangan tersebut merupakan perbuatan khianat kerana keadaan politik ketika itu tidak menentu. Pada sebelah petang selepas kemalangan tersebut, Timbalan Ketua Menteri Harris Salleh telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru.

double_Six_Sabah

Untuk pengetahuan pembaca setia urangsabah.com, berikut merupakan cerita yang disampaikan oleh salah seorang penduduk kampung yang telah menyaksikan tragedi ini dengan mata kepala sendiri: Tarikh 6.61976 akan saya kenang sampai bila-bila. Ketika kejadian tersebut, saya baru berusia 16 tahun 4 bulan dan masih menuntut dalam tingkatan lima di SMK Sanzac, Sembulan Kota Kinabalu. Pada petang kejadian saya dan rakan-rakan sedang bermain sepak takraw. Tiba-tiba terdapat sebuah kapal terbang yang berpusing beberapa kali di atas kepala kami sebelum menjunam jatuh kira-kira 100 meter dari kawasan sekolah.

Mungkin dalam jam 3 atau 4 petang suasana bertukar panik dan dan cemas, bunyi siren kecemasan kedengaran menuju ke kawasan tersebut. Kebetulan ketika itu sebuah balai bomba berhadapan dengan sekolah Sanzac, kereta bomba bergegas bergerak ke sana, saya dan rakan-rakan berlari dibelakang kereta bomba tersebut. Pesawat terjatuh tidak jauh dari pantai, mungkin dalam 10 atau 15 kaki di dalam laut. Kelihatan ekor pesawat diantara dua buah rumah, saya melihat beberapa anggota penyelamat yang sedang menarik dan mengeluarkan mayat, saya sendiri sempat melihat satu mayat dalam keadaan ngeri tanda kepala. Saya cuba untuk turun membantu tapi dilarang mendekati bangkai pesawat kerana dibimbangi akan berlaku letupan. Pada ketika itu, saya tidak tahu bahawa kemalangan yang saya saksikan itu telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah dan sepuluh orang lagi termasuk empat menteri kabinet.

double_6

Selepas Kejadian tersebut, sehingga kini saya terus dihantui oleh beberapa persoalan yang tidak akan pernah terjawab. Berdasarkan laporan, pesawat yang terlibat dalam nahas tersebut tidak menghadapi sebarang masalah teknikal dan cuaca pada hari tersebut sangat baik sewaktu pesawat berlepas dari Pulau Labuan, begitu juga dengan keadaan cuaca di Kota Kinabalu.

Peristiwa Tragis ini dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu pada 6/6/1976. Pesawat jenis GAF Nomad membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menteri Sabah. Tun Fuad Stephens atau nama asalnya sebelum memeluk islah ialah Donald Aloysius Marmaduke Stephens. Tun Fuad merupakan tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah di dalam Malaysia. Pada tahun 1963, beliau telah terpilih sebagai Ketua Negeri sehingga tahun 1964 dan sekali lagi terpilih pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six.

double-Six

YM Tengku Razaleigh Hamzah yang sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat tersebut oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Bangi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki pesawat yang sama jenis telah diarahkan menjauhi pesawat tersebut sebaik sahaja mendarat di Kudat, setelah mendengar khabar buruk tentang mereka yang telah diterbangkan ke Kota Kinabalu.

Berikut merupakan persoalan yang berpaksikan kepada sebuah persepsi yang masih kekal menjadi persoalan yang tiada jawapan sehingga kini.
Rombongan ini jalan perjalanan ke Kota Kinabalu untuk menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Serawak. Sebelum menaiki pesawat tersebut, Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% adalah terlalu kecil dan ada yang mengatakan berkemungkinan Tun Fuad tidak bersetuju dengan jumlah tersebut.

memorial_double_six

YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk bersama rombongan lain di dalam pesawat tersebut, tetapi pada saat-saat akhir Datuk Harris (Ketua Menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak beliau turun dari pesawat tersebut dengan alaan ingin menjemput beliau merasmikan Kandang Lebu di Kudat. Sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dalam perjalanan untuk melihat sejarah besar negara iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau lebih memilih untuk melawat kandang lembu di saat-saat akhir?

Selain itu, punca kemalangan dikatakan pesawat Nomad tersebut melebihi muatan. Sepatutnya empat penumpang sahaja tetapi telah dinaiki oleh 11 orang, juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Jika difikirkan secara logik kepada golongan VIP ini sanggup bersesak dalam satu pesawat. Kenapa tidak menggunakan dua pesawat atau yang lebih besar?

tugu_peringatan_double_six

Punca sebenar bagi kemalangan itu masih belum diketahui sehingga sekarang dan laporan asal mengenai kejadian itu masih diklasifikasikan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.