Sejarah Dan Asal Usul Nama Telipok

Pekan Telipok terletak lebih kurang 15 kilometer ke utara Kota Kinabalu, Telipok berada dibawah pengelolaan dan administratif Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan merupakan seb-daerah di bandar Kota Kinabalu. Selain itu, Telipok juga merupakan sebahagian dalam rancangan pembangunan bandar kota kinabalu atau sebahagian daripada kawasan metropolitan. Pekan Telipok terletak berdekatan dengan Taman industri Kota Kinabalu, Telipok juga terletak berhampiran dengan bandar Menggatal, Sepanggar dan Tuaran.

telipok-teratai

Untuk pengetahuan para pembaca urangsabah.com, perkataan Telipok berasal dari bahasa Dusun yang membawa maksud ‘bunga teratai’ kerana pada waktu itu tasik dan parit di Telipok dipenuhi dengan bunga teratai. Masyarakat Dusun menamakan pekan ini sebagai ‘Telipok’, kampung yang paling dekat dengan pekan Telipok ialah Kampung Maruah Sumagid (kini sudah tiada kerana dibeli KKIP). Majoriti penduduk sekitar kawasan Telipok ialah suku kaum Dusun, Sino, Cina, Bajau, Bugis, dan Suluk.

Menurut catatan sejarah, kawasan Telipok adalah kawasan perang ketika meletusnya Perang Dunia Kedua, salah satu artifak perang yang ditemukan di kampung Maruah Sumagid ialah sebilah pedang samurai. Mengikut cerita, pedang samurai tersebut sangat tajam sehinggakan menyentuh di bahagian bilahnya sahaja boleh menyebabkan luka. Semasa Perang Dunia Kedua, Telipok telah dijadikan sebagai pengkalan gerakan Gerila Kinabalu yang dipimpin oleh Albert Kwok yang sangat aktif bergerak pada waktu malam menentang penjajahan Jepun.

telipok-sabah

Telipok juga mempunyai sejarah atau lagenda yang tersendiri, di daerah ini terdapat satu lagenda seekor naga yang bersembunyi di sebuah gua yang terletak di Kampung Lama Mondou Telipok. ‘Mondou’ bermaksud naga dalam bahasa Kadazandusun. Mitos mengatakan gua tersebut dipenuhi dengan emas atau cerita ini dinafikan kerana selepas kajian dibuat, gua tersebut masih wujud hingga kini namun jalan masuk ke dalam gua tersebut tertutup akibat runtuhan batu.

Kampung ini antara kampung yang tertua di Telipok dan mempunyai lebih kurang 500 penduduk sahaja. Kampung ini sebelumnya diduduki oleh bangsa dusun, cina, sino, bajau sahaja, lalu pada tahun 2005, pendatang tanpa izin semakin banyak mendiami kampung ini. kampung ini terkenal disekitar Telipok kerana suatu ketika masa dahulu, ia mempunyai sebuah pasukan bola sepak yang terkuat. Kampung ini juga telah melahirkan ahli gusti lengan yang telah mewakili Malaysia. Kampung ini dilengkapi dengan sebuah dewaan serbaguna dan sebuah gelanggang futsal.

Menurut orang-orang tua, kampung ini mempunyai ‘bobohizan’ pada zaman dahulu. namun kerana agama telah mulai berkembang, adat dan tradisi kampung ini telah mula hilang beberapa dekad yang lalu. Kampung ini juga dikatakan ‘keras’ kerana dipercayai terdapat sebuah lokasi di dalam kampung ini didiami bunian. Salah seorang penduduk kampung pernah terserempak bunian ini ketika majlis kahwin penduduk tersebut.

telipok-sabah

Pada tahun 2007, sebuah jalan menghubungkan bahagia belakang kampung di bina. Ketika penurapan jalan dan kerja-kerja pembinaan jalan dilakukan, seorang pengendali jentera berat secara tidak sengaja mengorek kubur nenek moyang penduduk kampung ini. Kawasan yang diratakan itu merupakan tempat pengebumian nenek moyang. Beberapa ‘tajau’ (Keranda zaman dahulu yang berbentuk pasu besar) telah pecah lalu pemaju telah diarahkan membayar ‘sogid’. Setelah jalan tersebut selesai, sesiapa yang melalui kawasan tersebut akan diganggu jika tidak minta kebenaran untuk melalui kawasan itu

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.