Sejarah Dan Asal Usul Nama Beluran, Sabah

Daerah Beluran merupakan sebuah kawasan yang terletak di dalam bahagian Sandakan, Sabah. Jarak antara Beluran dengan Bandar Sandaran kira-kira 88 kilometer. Daerah Beluran sebelum ini dikenali sebagai daerah labuk dan Sugut. Di dalam Beluran terdapat satu daerah kecil yang dipanggil Telupid yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Pekan beluran.

beluran

Daerah ini terletak dalam bahagian Sandakan dari bahagian Timur Pantai Sabah, daerah ini mengadap Laut Sulu di sebelah timur, daerah Sandakan di sebelah Tenggara, Telupid di sebelah Barat daya, daerah Ranau Di sebelah Barat dengan daerah Marudu di Barat Laut dan Pitas di sebelah Utaranya. Daerah Beluran Mempunyai kawasan Parlimen dah dua kawasan DUN iaitu kawasn Sugut dan labuk. Daerah merupakan daerah kedua terbesar di Sabah selepas daerah Tangod.

Daerah Beluran juga mempunyai dua daerah kecil di dalamnya seperti daerah kecil Paitan dan daerah kecil Telupid, Walau bagaimanapun, daerah telupid telah diangkat dan dinaik taraf daripada daerah Kecil kepada daerah Penuh pada 1 Januari 2014. Di sebelah Barat daerah ini merupakan kawasan dataran tinggi dan berbukit bakau atau dikenali sebagai Unjuran banjaran Crocker. Manakala di sebelah Timur daerah ini merupakan dataran rendah yang sebahagian besarnya merupakan hutan paya bakau di pesisiran pantai dan muara sungai.

beluran

Sungai utama di kawasan ini ialah Sungai Labuk, Sungai Sapi, Sungai Tangod, Sungai Sugut, Sungai Lingkabau, Sungai Paitan dan Sungai Tangkarason. Daerah Beluran ini telah wujud sejak zaman Pentadbiran British North Borneo Charterd Company. Mengikut sejarah, daerah ini merupakan antara daerah terawal yang wujud dalam negeri Sabah.

Nama beluran diambil sempena nama sebuah bukit yang menjadi ‘Land Mark’ daerah tersebut atau dalam bahasa Dusun disebut Labuk. Dalam bahsa Sungai dan Tidong disebut ‘Buludan’. Pertukaran nama ini terjadi akibat dari kesalahan ejaan dan sebutan dalam proses surat menyurat oleh orang British ketika itu, yang menyebabkan ‘Beludan’ bertukar kepada ‘Beluran’ dan kekal digunakan sehingga kini. Buludan adalah kata dalam bahasa Dusun yang diberi penambahan “an” dihujung kata “bulud” penambahan kata “an” kepada Buludan tersebut adalah bagi menggambarkan makna kata tersebut sebagai ‘hanya dapat sampai dengan berjalan kaki bertongkatkan tulang betis‘, perkataan “bulud” adalah merupakan kata dasar kepada perkataan “Buludan”. “Bulud” adalah kata nama di bahagian kaki manusia mahupun binatang atau dalam bahasa Dusun Talantang bermaksud tulang betis, perkataan ini adalah yang menterjemahkan kata nama “betis” dalam bahasa Melayu.

beluran

Pejabat Pentadbiran Daerah Beluran telah ditubuhkan seawal tahun 1916 walaubagaimanapun semua rekod dan data berkenaan telah musnah akibat perang dunia ke dua, dan rekod Pegawai Daerah beberapa tahun juga musnah. Menurut sumber daripada orang lama, Encik B.S Willie telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Beluran pada tahun 1945. KLAGAN merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama, tetapi kerana kawasan tersebut seringkali dilanda banjir, Pemerintah British telah memindahkan pusat pentadbiran tersebut ke kaki bukit Beluran.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.