Sejarah Dan Asal Usul Kunak, Sabah

Daerah Kunak terletak di bahagian pantai timur Sabah iaitu berdekatan dengan kawasan Tawau. Menurut ahli arkeologi, Kunak merupakan pusat kegiatan manusia purba yang pertama di Borneo iaitu sejak 30,000 tahun SM. Terdapat satu tulisan dalam sebuah buku, South East Asia: From Prehistory to History oleh Glover & Bellwood (2004), beliau menulis tentang “sebuah industri peralatan zaman batu wujud di kawan Tingkayu pada Zaman Pleistocene (Zaman Ais Batu)”

pekan_kunak

Nama asal Daerah Kunak ialah Mostyn yang diambil dari nama sebuah kapal yang pernah berlabuh di Teluk Lahad Datu (dahulu dikenali sebagai Darvel Bay). Bermula dari kisah pelabuhan kapal inilah Mostyn ditukar namanya kepada Kunak, mengikut nama sebuah kapal dagang asing M.V. Kunak. Kapal dalam kelas 5,000 tan tersebut adalah kepunyaan Straits Steamship Company yang dibeli dari sebuah syarikat perkapalan Belanda, KPM pada tahun 1960. Jelaslah bahawa daerah ini diberikan nama Kunak selepas tahun 1960. Pada asalnya Mostyn ditadbir oleh sebuah syarikat besar yang menguasai kawasan pembalakan daerah ini dikenali sebagai Sabah Timber Company. Syarikat ini telah membina sebuah jambatan panjang bagi membolehkan kapal-kapal besar berlabuh untuk memuatkan kayu balak. Jambatan ini kekal hingga ke hari ini dan digunakan oleh para pelayan.

the ship kunak

Namun begitu mengikut cerita penduduk setempat, daerah ini diberi nama Mostyn sempena nama seorang penguasa inggeris syarikat British Borneo Timber Company yang memungut hasil kayu balak di kawasan ini dalam tahun 1930-an hingga 1960-an hingga ke Kalabakan di Tawau dan Segama di Lahad Datu. Dikatakan juga, orang yang bertanggungjawab dalam pembukaan penempatan dikawasan Mostyn (kini tapak Pekan Kunak) adalah Allayarham Datuk Zainal Gunong, Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho dan Allayarham Kabang bapa kepada Adun Kunak YB Nilwan Kabang, yang mana mereka adalah pemimpin masyarakat setempat yang berpengaruh pada ketika itu. Kampung Bagiang merupakan kampung yang pertama diwujudkan secara kekal di sekitar pekan Kunak pada 1950-an.

Sewaktu perang dunia ke-2 dalam tahun 1940-an, Kunak juga tidak terlepas dari menjadi kubu pihak tentera Jepun dan kesan peninggalan tersebut juga masih boleh ditatap di beberapa kawasan tertentu seperti bangunan Klinik tentera Jepun, Bangkai enjin pesawat pihak bersekutu di muara sungai Sialeong dan kesan-kesan lain kebanyakannya masih terdapat di dalam ladang-ladang kelapa sawit. Banyak peninggalan tentera Jepun yang masih tertanam utuh dan menjadi bahan kajian ahli arkeologi pada masa kini. Tempat yang dimaksudkan ialah Ladang Mostyn yang kini di bawah pengurusan Sime Darby.

datuksalimbacho

Kunak menpunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai kaum, seperti kaum Bajau, Suluk, Bugis dan kaum-kaum lain. Mojoriti Penduduk Kunak terdiri mereka yang beragama islam iaitu sebanyak 95% daripada keselurahan penduduk Kunak. Daerah Kunak meliputi 438 batu persegi atau 1134km. Daerah Kunak merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar. Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Pada awalnya Kunak merupakan salah satu daerah pertanian di Sabah, kelapa sawit, getah, koko dan kelapa menjadi tanaman utama Kunak pada ketika itu.Sewaktu perang dunia ke-2 dalam tahun 1940-an, Namun kegiatan ini tidak lagi aktif seperti dahulu.

kunak

Kunak merupakan salah satu tempat yang menarik di Negeri Sabah. Apa yang dimaksudkan ialah terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Antara yang diketahui ialah, Mud Pool (Kolam Lumpur) yang terdapat di Binuang. Selain itu, di Kunak juga terdapat Hot Spring (Kolam Air Panas) yang semulajadi dan sehingga ke hari ini, tempat tersebut sering menjadi kunjungan orang ramai untuk beriadah di waktu cuti. Dahulunya, tempat-tempat ini tidak diberi perhatian yang sepenuhnya, namun kini tempat-tempat ini dijadikan simbolik kepada Daerah Kunak

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.