Rumah Terbalik Tamparuli Yang Pertama di Sabah

Antara tempat yang menarik di Sabah yang selalu disebut ramai adalah Rumah Terbalik di Tamparuli. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa lebih kurang 30 Minit untuk sampai. Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke Kundasang boleh singgah terus di sini kerana tempat ini memang laluan untuk ke Kundasang Ranau. Lokasi Rumah Terbalik Tamparuli ini, terletak bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell Tamparuli.

Rumah_Terbalik

Salah satu tarikan yang terdapat di Sabah dan tidak ada di tempat lain di Malaysia ini ialah Rumah Terbalik Tamparuli yang terletak di kaki Gunung Kinabalu. Rumah terbalik ini merupakan satu-satunya rumah yang terdapat di Malaysia yang menjadi tarikan yang tersendiri kepada pelancong. Selain itu, rumah ini merupakan yang terletak di Sabah ini merupakan Rumah Terbalik yang pertama di bina di asia tenggara.

Rumah unik ini yang terletak di Tamparuli ini telah menarik lebih 3000 orang pelawat, setelah hampir dua bulan ia dibuka kepada orang awam. rumah yang terletak berhampiran dengan Gunung Kinabalu ini dibina dengan kos sebanyak RM 500,000 oleh seorang usahawan Alexander Yee yang merupakan seorang pengusaha lodge pelancongan di Sakau, pantai timur Sabah. Malaysia Book of Records mengesahkan rumah ini adalah satu-satunya yang terdapat di negara kita Malaysia. Yee berkata ‘pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka pada satu Februari yang lalu’ katanya semasa majlis pembukaan rasmi Rumah Terbalik ini oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada malam jumaat.

Ramai pelancong yang datang kesini kerana mempunyai keinginan yang kuat untuk melihat sendiri bagaimana Rumah Terbalik ini dan bagaimana perabot dan peraratan di rumah ini disusun. Namun begitu perhiasan yang terdapat dalam rumah ini biasa-biasa sahaja tidak ada yang menarik hanya saja ia disusun secara terbalik. Tiada aktiviti yang menarik yang disediakan di rumah in selain melihat-lihat keadaan rumah ini sahaja. Rumah ini hanya sebuah rumah yang kecil dan anda tidak dibenarkan bergambar di dalam rumah tersebut. Walau bagaimanapun pengunjung dibenarkan mengambil gambar diluar rumah sahaja.

rumah terbalik

Rumah ini seperti rumah biasa iaitu mempunyai keluasan sebanyak 1.500 kaki persegi, dilengkapi dengan dua bilik tidur, satu ruang tamu, ruang makan turut disediakan, satu beranda, satu dapur dan tandas dan semua ini dibina dalam keadaan terbalik iaitu dari bumbung di bawah hinggalah lantai di atas. Selain itu, rumah ini juga dibina dalam keadaan senget sebanyak 30 darjah pastinya ianya sangat berbeza dan unik yang akan mencabar logik minda setiap pengunjung yang datang berkunjung ke rumah ini. Rumah Terbalik yang berada di laluan utama ke Kundasang dan Ranau ini dibuka setiap hari kepada pengunjung dari jam 8 pagi sehingga jam 8 malam.

Sebaik saja anda melangkah masuk ke dalam rumah ini anda akan bertambah pening bila mendapati ruang tamu dan segala peralatan yang terdapat di ruang berkenaan seperti kerusi, sofa, meja dan sebagainya berada dalam keadaan terbalik. Peralatan lain termasuk almari, tandas, dapur dan rak buku melekat di siling manakala lampu dan kipas yang biasanya anda lihat berada di siling pula ada di kaki anda. Pembinaan Rumah Terbalik ini mengambil masa kira-kira lima bulan manakala 11 bulan lagi diambil untuk membina restoran, kedai cenderamata dan pelbagai kemudahan lain yang keseluruhannya telah menelan kos sebanyak RM1.2 juta.

rumah terbalik

Untuk masuk ke dalam rumah ini anda akan dikenakan yuran mengikut had umur. orang dewasa dikenakan sebanyak RM10 manakala kanak-kanak dikenakan bayaran RM5 seorang. Bayaran yang dikenakan agar mahal ditambah lagi diada apa-apa aktiviti yang boleh di buat di Rumah Terbalik tersebut. Walau bagaimanapun anda akan dapat merasai pengalaman berada d dalam rumah ini yang tidak akan anda dapat di mana-mana di negara ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.