Ringkasan Sejarah Dan Asal Usul Nama Sabah

Terdapat banyak teori berkenaan asal-usul nama Sabah. Salah satu teori yang selalu diperkatakan ialah ketika Sabah masih berada dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei, dikenali sebagai Saba dikaitkan dengan kehadiran buah pisang saba. Pisang ini banyak ditanam di kawasan pantai barat sabah, pisang ini juga dikenali sebagai ‘pisang menurun’ oleh masyarakat tempatan. Pisang saba memiliki sedikit perbezaan berbanding dengan pisang lain yang terdapat di Kepulauan Borneo.

Sabah_Malaysia

Perkataan Sabah berasal dari perkataan Melayu Brunei yang membawa maksud ‘hulu’ atau ‘sebelah utara sungai’. Satu lagi versi yang mengatakan bahawa perkataan Sabah berasal dari kata ‘Sabak’ yang bermaksud ‘tempat gula kabung diekstrak’. Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud ‘matahari terbit. Kehadiran pelbagai teori dan versi ini menjadikannya sukar untuk menentukan asal sebenar nama negeri ini.

Walau bagaimanapun nama Sabah berasal dari nama pisang lebih popular diperkatakan dan dipercayai banyak orang. Nama Sabah berasal dari nama pisang ‘Sabbah’ atau Sappah” oleh masyarakat Bajau. Pisang saba juga dikenali sebagai ‘jaba’ oleh masyarakat Bajau, namun kini pisang saba lebih dikenali sebagai pisang menurun.

pisang_sabah

Nama Sabah diguna pada abad ke-15 oleh pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Nama Sabah sudah digunakan sebelum penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, KOta Kinabalu disebut sebagai api-api.

Setelah kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara, Sabah telah ditukar nama kepada ‘Borneo Utara’ pada tahun 1881, namun begitu pada tahun 1963 nama Sabah kembali digunakan ketika menyertai Malaysia. Sebelum Abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan sistem pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas.

Lambang_Sabah

Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.