Perjalanan Sandakan – Kota Kinabalu, Pengalaman Yang Menyeramkan

Pengalaman seram yang terjadi pada saya ketika berusia 23 tahun tidak mungkin dapat saya lupakan. Dalam usia yang masih muda dan memiliki jiwa remaja sememangnya banyak perkara yang ingin saya lakukan. Saya bersama kawan saya, Nana dan Wan pada ketika itu telah merancang untuk jalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu awal awal bulan April.

Sebagaimana yang telah kami rancang, tepat jam 6 petang kami memulakan perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Kami terpaksa memulakan perjalanan pada sebelah petang kerana pada waktu itu saya masih lagi bekerja. Perjalanan yang kami tempuh dari Sandakan ke Kota Kinabalu memakan masa selama 7-8 jam.

perjalanan-seram

Saya mula merasakan tidak sedap hati dan seram sejuk bila melalui jalan Telupid, Ranau. Pada ketika itu saya yang memandu, sya menguatkan suara radio untuk menghilang rasa seram yang tiba-tiba menghantui ketika itu. Ketika kereta kami melalui satu jalan yang agak gelap, tiba-tiba bas yang ada dibelakang memberi isyarat dengan menggunaan lampu tinggi, pada ketika itu yang terlintas di fikiran saya adalah bas tersebut ingin memotong. Namun tiba-tiba kawan saya, Wan menjerit menyuruh saya menutup cermin kereta, saya hanya mengikut sahaja kerana sememangnya saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Nana yang sedang tidur bertanya apa yang terjadi lantaran terkejut dengan suara Wan yang agak kuat. “Aku cakap tutup, tutup lah bodoh” marah wan kepada Nana.

Dalam ketika itu juga, saya merasakan kereta yang saya pandu menjadi semakin berat dan bergerak dengan perlahan, bas dibelakang terus memberikan lampu tinggi menambahkan lagi suasana hati saya yang sedang tidak keruan. Dalam hati saya berkata, tolonglah jangan terjadi apa-apa, perjalanan kami masih panjang. Untuk menenangkan diri saya mainkan lagu kerohanian di radio dan saya merasakan kereta yang dipandu kembali ringan dengan perlahan. Setelah berjaya melepasi jalan tersebut, kami memutuskan untuk berhenti berehat untuk seketika sambil mengisi perut setelah menempuh 4 jam perjalanan.

pengalaman seram

Disebabkan jam sudah menunjukkan 10 malam, kami memutuskan untuk mencari hotel yang berdekatan sebelum meneruskan perjalanan pada keesokkan harinya. Kami meneruskan perjalanan ke Tamparuli yang memakan masa selama 1 jam 45 minit. Kami sampai di hotel yang telah kami tempah di Kota Kinabalu tepat jam 2 petang. Di sinilah bermulanya pengalaman seram yang tidak mungkin saya lupakan.

Kami pulang ke hotel pada jam 11 malam setelah puas berpusing-pusing di bandar Kota Kinabalu, disebabkan ingin privasi kami tinggal berasingan. Pada malam itu saya tidur saya terganggu dengan deringan telefon daripada Wan yang mengatakan dia diganggu oleh makhluk yang menyerupai Nana. Saya sememang tahu bahawa hotel yang kami menginap itu sedikit keras tapi saya tidak menyangka kami akan diganggu pada malam pertama kami disitu.

pengalaman seram

Pada jam 3 pagi sekali lagi tidur saya terganggu kerana perut memutas, saya bangun dalam keadaan yang sangat mengantuk dan saya melihat kelibat seorang perempuan yang sedang berbaring disebelah saya. Dalam separuh sedar saya menyangka itu adalah Nana dan saya meneruskan niat saya untuk ke tandas. Di dalam tandas saya mula sedar sepenuhnya dan mela berfikir macam mana Nana boleh masuk ke bilik saya? takkan dia minta kunci pendua di kuanter? Tiba-tiba saya merasa seram sejuk, cepat-cepat saya cuci apa yang patut dan terus keluar dari tandas. Ketakutan mula menguasai saya sepenuhnya apabila saya mendapati kelibat yang menyerupai Nana tidak lagi kelihatan di mana-mana.

Untuk menghapuskan ketakutan yang menguasai diri saya terpaksa meneruskan tidur. Namun tiba-tiba saya merasakan katil saya bergegar dan seperti ada sesuatu di sebelah yang sedang merenung saya. Saya dapat rasakan bahawa benda tersebut secara perlahan-lahan baring disisi saya. Saya nekad untuk bangun walau apapun yang terjadi, apabila saya berpusing saya terlihat oleh saya muka makhluk tersebut yang sangat mengerikan dan sedang tersenyum kepadaku. Saya terus terjun dari katil dan berlari mencapai tombol pintu, apabila tangan saya memegang tombol pintu keadaan kembali seperti sedia kala dan wajah yang menakutkan itu sudah tiada lagi.

seram

Tiba-tiba telepon saya yang berada di atas katil berbunyi, entah dari mana keberanian saya datang untuk menjawab panggilan tersebut. Rupanya Nana yang menelepon saya, jantung saya rasakan seperti ingin melompat keluar apabala Nana bertanya kepada saya kemana saya dengan Wan pergi tadi dan saya mengatakan kepadanya bahawa saya akan menjelaskan kepadanya esok pagi, saya terus mematikan telepon dan kembali lelapkan mata untuk menunggu siang memunculkan diri.

Saya terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi ketukan di pintu bilik. Setelah dibuka pintu Wan dan Nana terus menyerbu masuk dalam keadaan ketakutan. “Cepat bersiap Mel (saya)” kata Wan, tiba-tiba pintu tandas terbuka dan tertutup dengan sendiri saya menyuruh Wan duduk diam-diam dan meminta Nana menemai saya mandi dan bersiap. Setelah selesai, kami semua turun untuk mengisi perut dan dengan tidak sewenang-wenang Nana membuka cerita tentang kejadian malam tadi yang menimpa dirinya dengan bertanya kenapa saya dan Wan mengetuk pintu biliknya bagaikan nak roboh dan sejurus dibuka kami terus berpusing dan meninggalkannya terkebil-kebil di muka pintu, cerita Nana.

hantu

Saya dan Wan berpandangan sesama sendiri mendengar cerita Nana, dan saya bertanya jam berapa benda tu terjadi. “Dalam jam 3” jawab Nana.Kami semua terdiam seketika sebelum Wan membuka cerita tentang apa yang dialaminya, dalam perjalanan kita malam itu sebenarnya ada benda ikut kita, aku perperasan benda itu ketika melihat ada rambut terjuntai di cermin tingkat sebelah kau Nana, Kata Wan. Cerita Wan lagi semalam ketika dia sedang nyanyak tidur, tiba-tiba aku perjaga dan melihat kelibat yang menyerupai kau Nana, kelibat tersebut siap mintak air dengan aku, aku yang dalam ketakutan mula membaca apa yang patut dan tiba-tiba terdengar sesuatu yang jatuh dekat pintu dan kelibat tersebut terus hilang. Selepas Wan menceritakan kejadian seram yang menimpanya, saya turut menceritakan apa yang telah saya alami. Saya memberitahu bahawa saya juga dikacau semalam oleh kelibat yang menyerupai Nana, siap tidur sekatil lagi.

Jam menunjuk jam 11.30 pagi, kami kembali ke hotel untuk check out. Setelah siap mengemas barang, kami turun ke lobi. Semasa kami melewati kuanter, penjaga kuanter tersebut bertanya kepada kami “mana Seorang Lagi”, kami bertiga berpandang sesama sendiri sebelum dengan tiba-tiba Nana mengatakan kepadanya hawasa kami hanya bertiga. Pengaja kuanter berkeras mengatakan yang kami seramai empat orang semalam dan turut memberitahu kami bahwa ‘orang keempat’ itu menyerupai Nana. “Tak apalah kami jalan dulu” kata saya kepada penjaga kuanter tersebut untuk mengelakkan si Nana takut.

hantu-hantu

Sebulan selepas kejadian itu. Saya mendapat panggilan telefon yang membawa khabar buruk. Nana telah meninggal dunia ketika bersendirian dirumah. Sampai sekarang kami semua tidak dapat mengenalpasti apa punca kematian nana. Adakah ini semua ada kaitan dengan apa yang berlaku di hotel tempoh hari? Saya sendiri tidak dapat menjawabnya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.