Pak Musa Pejuang Kemerdekaan Sabah

Datuk Maharajalela Musa Unggu merupakan seorang pahlawan Sabah yang menggunakan perniagaan untuk satukan masyarakat Sabah menentang Penjajahan Jepun. Datuk Maharajalela Musa Unggu atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Musa telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada pejuang kemerdekaan Sabah. Pak musa dilahirkan pada tahun 1867 di Kampung Kunsilad, Pitas.

bendara-Sabah

Untuk pengrtahuan para pembaca urangsabah.com, Pak Musa telah dibunuh dengan kejam oleh askar Jepun pada abad ke-20 kerana ketokohannya memajukan ekonomi Orang Sungai, Kadazandusun, Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort. Tokoh ini sedikit berbeza dengan tokoh-tokoh yang lain, jika tokoh lain menentang tapi tokoh ini mendapat tentangan dari pihak Jepun kerana memajukan ekonomi penduduk.

Berikut merupakan beberapa sebab atau faktor penentangan pihak Jepun terhadap Pak Musa. Pak Musa berjaya memajukan ekonomi Orang Sungai, Kadazandusun, Brunei dan bisaya di Membakut dan Beufort, Pak Musa juga memasarkan pelbagai hasil tani, hasil hutan dan haiwan buruan hingga ke Brunei Darussalam dan hingga ke Singapura yang menyebabkan pihak Jepun menggangapnya sebagai satu ancaman yang besar kepada mereka. Selain itu, Pak Musa juga berjaya menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Sabah melalui perniagaan. Pak Musa dan pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung Nipis, Paitan untuk membela nasib dan menuntut keadilan masyarakat yang tertindas. Pak Musa juga dikatakan di dapat ditewaskan oleh pihak Jepun kerana memiliki ilmu kebal

pihak-jepun

Di samping itu juga, masyarakat tempatan di Membakut dapat menerima beliau sebagai pemimpin mereka terutamanya dapat usaha untuk mendapatkan kemerdekaan, pihak Jepun telah mengisytiharkan Pak Musa dan pengikutnya sebagai musuh yang kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB). Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan yang ditaja oleh British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort menyertai perjuangan SBUB menentang dan mengusir mereka dari bumi Borneo Utara (Sabah). Hal ini menyebabkan askar Jepun memburu Pak Musa dan Pengikutnya.

Menurut cerita yang disampaikan oleh cucu saudara kepada Pak Musa, Pak Musa menjadikan Paitan, Beluran Dan Membakut sebagai pengkalan untuk menentang British dan Jepun. Pak Musa berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk menuntut ilmu persilatan dan kebatilan pada tahun 1908. Pak Musa dan pengikutnya menjadi buruan penjajah akibat dari penentangannya dan kemuncaknya Pak Musa dibuang daerah ke Membakut pada 1931 iaitu selepas beliau menerima tawaran berdamai dan hukuman bunuh diganti kepada hukuman buang daerah.

tentera-jepun

Pihak Jepun yang menyedari sukar untuk mengalahkan Pak Musa yang mempunyai ilmu kebal dan ilmu kebatilan yang tinggi telah menukar strategi dengan mengugut akan menangkap dan membunuh keluarganya. Ugutan tersebut menyebabkan Pak Musa menyerah diri dan dalam masa yang sama pihak Jepun telah menerima maklumat bahawa ilmu Pak Musa tidak akan berkesan sekiranya memasuki kawasan bernajis. Askar Jepun memasanh jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara. Dikatakan bahawa Pak Musa kononya terjatuh ke dalam lubang itu yang menyebabkan kekebalannya hilang dan pikah Jepun mengambil kesempatan ini dengan memancung kepala Pak Musa.

Berikut merupakan beberapa fakta mengenai Datuk Maharajalela Musa Unggu. Pak Musa menerima gelaran Datuk Maharajalela daripada pengeran Siti Fatimah iaitu seorang kerabat Sultan Brunei yang ketika itu merupakan pemerintah wilayah Karambunai di Pantai Barat Sabah, penganugerahan gelaran ini merupakan tanda penghargaan terhadap perjuangan beliau membela rakyat Borneo Utara. Pak Musa telah diislamkan oleh seorang Iman Kampung Brunei, Membakut yang dikenali sebagai Iman Untung, Pak Musa juga dikatakan dikebumikan di satu kawasan yang kini tapak banguan Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu.

pak-musa

Nama Pak Musa tidak tercatat dalam senarai 324 rakyat Sabah yang dihukum bunuh secara kejam di Petagas, Kota Kinabalu pada 21 Januari 1944 yang kini diabadikan menerusi Taman Peringatan Petagas. Nama Pak MUsa diabadikan menerusi Dewan Masyarakat Pak Musa di Pekan Beaufort.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.