Misteri Kewujudan Dan Kehilangan Pulau Batu Hairan Di Kudat

Pulau Batu hairan dikatakan terletak 65 kilometer di timur laut daerah Kudat dan mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter tinggi yang ditemui oleh penduduk kampung pada 14 April 1988 dan dikatakan telah hilang pada 25 Februari 1990. Pulau ini dikatakan terapung dan mempunyai keramat dan pembawa rezeki kepada penduduk Kudat.

Walaupun misteri kehilangan pulau ini sudah lama berlalu dan dilupai oleh penduduk seiring dengan lesapnya pulau ini dari bumi Kudat, masyarakat utara Sabah sebenarnya masih tertanya-tanya mengapa pulau ini tiba-tiba wujud, siapa yang mula-mula menyedari akan kewujudannya, ke mana hilangnya pulau tersebut dan apa hikmah disebalik kewujudan pulau tersebut.

Misteri-batu-hairan

Pulau Batu Hairan yang sebesar padang bola sepak itu masih lagi segar dalam ingatan penduduk Sabah, terutama yang pernah berkunjung ke pulau berkenaan untuk melihat sendiri keistimewaannya. Mengikut cerita lisan yang disampaikan oleh penduduk Pulau banggi, Pulau Batu ini ditemui oleh seorang nelayan yang telah tertidur dalam bot pada waktu malam dan sebaik sahaja tersedar, beliau menyedari bahawa botnya telah berada di sebuah pulau. Dan lebih misteri lagi ratusan ikan terdampar berhampiran botnya dan beliau bergegas pulang untuk memberitahu keadaan tersebut kepada penduduk kampung.

Untuk pengetahuan pembaca setia urangsabah.com semua, penduduk Pulau Banggi menamakan pulau tersebut sebagai ‘Pulau Batu Hairan’ kerana selama menangkap ikan di kawasan tersebut, mereka tidak pernah melihat pulau berkenaan dan keadaan pulau tersebut sama seperti yang diceritakan oleh nelayan yang menemuinya. Kewujudan pulau ini telah menjadi bualan hangat penduduk Pulau Banggi.

Penduduk dari selatan Filipina terutamanya Mindanao turut berkunjung ke Pulau Batu Hairan dan mendakwa bahawa pulau tersebut hanyat dari negara mereka dan timbul di perairan Sabah. Ada sesetengah penduduk yang telah mengadakan kenduri kononya untuk menolak bala dan upacara pemujaan turut dilakukan di pulau tersebut oleh penduduk Pulau Banggi dan pulau Balambangan di Kudat dan Mindanao, Filipina.

kudat-batu-hairan

Seorang nelayan laut dalam yang berbangsa Cina dari Kudat mendakwa bahawa dirinya diburu oleh penduduk setempat setelah mengambil seketul batu dari pulau berkenaan sebagai cenderamata. Beliau mendakwa terkejut bila dikunjungi oleh oleh tiga lelaki tua yang mengaku sebagai pemilik pulau berkenaan dan meminta saya untuk memulangkan semula batu yang telah saya ambil. Beliau mengatakan telah mengunjungi pulau itu tiga hari selepas ia ditemui dan sempat memacakkan bendera putih tertera nama `Pulau Ah Lung’ tetapi bendera itu dibuang penduduk berhampiran.

Penduduk Kudat terutama Pulau Bnaggi dan Mindanao begitu taksub dengan pulau berkenaan sehingga menganggapnya sebagai pembawa rezeki dan penyelamat mereka jika berlaku sebarang bencana alam seperti ombak besar atau taufan.

contoh-batu-hairan

Seorang peniaga dari Kudat, Poong Kim Chung dikatakan antara orang terawal menjejakkan kaki ke Pulau Batu Hairan, iaitu pada 29 April 1988 dan tidak dapat melupakan saat bersejarah itu. “Saya rasa seolah-olah mengunjungi dunia lain kerana pulau terbabit baru wujud dan ketika itu ia diiktiraf sebagai pulau terbaru wujud di dunia. Saya masih ingat batu di pulau itu bagaikan membawa rezeki dan sejuk bila disentuh, malah amat menenangkan fikiran. Ada batu besar yang mempunyai tulisan mirip Jawi diambil penduduk setempat kerana menganggap pembawa tuah. Ia terpaksa diangkat lapan orang kerana terlalu berat”.

Kewujudan Pulau Batu Hairan berbeza dengan pulau lain di Sabah. Sebagai contoh, Pulau Tiga mempunyai sejarah geologi tersendiri dan timbul dari dasar laut berikutan gempa bumi di Mindanao pada 1897. Kali terakhir letupan gunung berapi berlaku di Mindanao ialah pada 1941 dan boleh didengari bunyinya sejauh 160 kilometer, menyebabkan 30 hektar belukar di kawasan itu dipenuhi lumpur panas.

batu pulauhairan

Jika Pulau Batu Hairan wujud kesan letusan gunung berapi di pulau itu, sudah pasti ia terbentuk sejak 65 tahun lalu berikutan kedudukannya berhampiran Mindanao. Namun begitu, persoalan tentang kewujudan dan kehilangan Pulau Batu Bersurat masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini, sesuai dengan nama pulau tersebut ‘Pulau Hairan’

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.