Misteri Disebalik Sandakan Memorial Park

Sandakan Memorial Park merupakan salah salah warisan sejarah masyarakat Sabah terutamanya kepada penduduk di sekitar Sandakan, Sabah. Tempat ini menjadi tarikan yang tersendiri kepada pelancong. Menurut cerita yang disampaikan Sandakan Memorial Park dibina untuk memperingati kekejaman tentera jepun ketika menawan Sabah sebelum tercetusnya perang dunia kedua. Sandakan Memorial Park juga dibina untuk memperingati pengorbanan dan perjuangan orang awam yang telah terkorban melawan Jepun pada ketika itu.

memorial park

Disini penulis ingin menceritakan serba sedikit sejarah pembinaan Sandakan Memorial Part untuk tatapan pembaca setia urangsabah.com. Jepun menduduki Sandakan pada tahun 1942 iaitu ketika Perang Dunia Kedua. antara peristiwa yang terlipat kemas dalam lipatan sejarah Sabah ialah Kawat Kematian Sandakan. Kawat Kematian Sandakan merupakan sebuah kisah tragis, peristiwa ini melibatkan 1066 orang awam yang diimport dari Pulau Jawa, Indonesia bersama beberapa orang tawanan perang Australia dan British yang telah dipaksa berjalan kaki dari Sandakan Ke Ranau yang terletak kira-kira 260 kilometer. Tahanan ini sering dipukul, diacukan senapang, tidak diberi makan dan ubat yang secukupnya serta tidak memdapat layanan yang berperikemanusian. dalam Kata lain tempat ini dibina semata-mata untuk memperingai penderitaan mereka.

Namun begitu, sandakan memorial Park ini dikatakan memiliki kisah seram dam mistik yang tersendiri kerana disinilah para tawanan British dan Australia diseksa dan dibunuh. Terdapat beberapa cerita yang telah diceritakan oleh penduduk setempat yang dikatakan diganggu oleh penunggu Sandakan Memorial Park.

memorial park

Cerita pertama yang dicerikan oleh salah seorang penduduk, Semasa beliau melalui kawasan ini ketika jam 2 pagi. Ketika beliau berjalan mengadap tasik yang terletak dalam kawasan ini, tiba-tiba beliau seperti melihat satu lembaga berwarna putih. Lembaga tersebut seperti seorang perempuan muda yang sedang bermain-main dengan buaian seorang diri di dalam gelap malam sambil menyanyi-nyanyi. Beliau berkata suaranya cukup lembut dan sarat dengan kesedihan, namun dia merasa agak pelik ketika menyedari bahawa kawasan tersebut tidak ada buaian walau satu pun, ditambah lagi perempuan tersebut bermain buaian di tengah-tengah tasik yang disampingnya terdapat sebuah pokok yang besar dan memyeramkan. Beliau yang memyedari ada sesuatu yang tidak kena terus berlari meninggalkan tempat itu.

Cerita kedua yang dicerikan oleh seorang pengawai keselamatan yang bertugas di Sandakan Memorial Park. Taman ini pernah mengemparkan negara terutama negeri sabah dengan penemuan seorang perempuan yang mati ditusuk senjata tajam di kemaluannaya sehingga menembuhi kepalanya dalam keadaan bogel. Seminggu selepas penemuan itu, pengawai kesalamatan yang bertugas untuk memantau kawaan itu pada malam hari telah mendengar suara meminta tolong dengan suara jeritan kesakitan. Menurut cerita penduduk kampung, mereka juga melalui kejadian yang sama jadi pada pendapat mereka kemungkinan suara tersebut merupakan suara dimati yang tidak aman rohnya kerana pembunuh masih belum ditemui.

memorial park

Seterusnya cerita yang berlaku beberapa tahun yang lepas. Mengikut cerita yang disampaikan oleh penduduk, seorang lelaki telah lari dari rumah dan bersembunyi di Sandakan Memorial Park. Penduduk kampung telah mengumpulkan beberapa orang untuk mencari pemuda tersebut, Salah seorang yang ditugaskan untuk mencari pemuda tersebut telah mencarinya sampai ke jalan yang agar gelap yang terdapat di dalam taman itu. Ketika dia sampai di lorang gelap tersebut, dia merasa seram sejuk yang luar biasa seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhatikannya dari arah belakang. Dengan perlahan-lahan dia melirik untuk melihat apakah benda itu, dibelakangnya dia melihat satu lembaga yang besar berbulu sedang melihatnya. Dengan lutut yang bergetar dia berlari meninggalkan tempat tersebut. Keesokannya, lelaki yang hilang tersebut ditemui dalam keadaan kebingungan. Sesetengah penduduk mengatakan pemuda tersebut disembunyikan oleh hantu tinggi yang tinggal di kawasan tersebut.

memorial park

Cerita keempat diceritakan oleh salah seorang penduduk, ketika dia sedang jogging dalam taman tersebut pada jam 5 petang. Ketika berjogging dia telah melalyi beberapa jalan dan lorong yang agar kecil yang terdapat ditaman tersebut. Apabila dia hendak pulang, jalan yang dilaluinya dirasakan terlalu banyak dan panjang seolah-olah dia tidak pernah melihat jalan itu sebelum ini. Hari semakin gelap dan dia masih belum menemui jalan keluar, dia yang dalam keadaan panik terus melaungkan azan sambil berjalan mencari jalan keluar. Tidak beberapa lama kemudian, barulah dia melihat sebuah pondok kecil yang berdekatan dengan tasik iaitu jalan keluar dari taman tersebut.

Cerita terakhir diceritakan oleh seorang pemuda, ketika itu beliau sedang berjalan kaki ke taman Merpati untuk melihat perlawanan bola sepak. Ketika beliau sedang melalui taman tersebut, tiba=tiba dia mendengar suara perempuan memanggil namanya. Awalnya beliau buat tidak tahu kerana menganggap mungkin perasaannya sahaja tapi semakin lama suara itu semakin jelas memanggil namanya. Beliau terus membaca ayat-ayat suci al-quran yang diingatinya. Namun apabila dia semakin menjauhi tempat tersebut tiba-tiba terdengar suara ketawa mengilai diselangi suara ketawa yang manja.

sandakan-memorial-park

Cerita yang dinyatakan diatas merupakan pengalaman seram beberapa penduduk sekitar taman tersebut. Ingin mempercayainya atau tidak terserah pada anda yang membacanya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.