Makanan Suku Kaum Kadazan-Dusun

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum atau masyarakat. Terdapat banyak jenis makanan yang unik dan menarik dalam masyarakat suku kaum Kadazan-Dusun, antaranya ialah seperti berikut:

1. Pinaasakan

Pinaasakan merupakan sejenis makanan atau hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Pnaasakan merupakan hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan isi ikan samada ikan air tawar atau pun ikan air masin.

pinaasakan

Pinaasakan adalah antara makanan kegemaran masyarakat Kadazan-Dusun. Cara penyedian pinaasakan adalah dengan membersihkan ikan dan kemudianya mengambil isi ikan tersebut dan memcampurkan dengan sedikit kunyit, halia yang telah ditumbuk, asam jawa atau buah asam, garam, serbuk perasa dan sedikit air.

Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air hampir kering. Hidangan pinaasakan merupakan hidangan yang tahan lama dan boleh di simpan sehingga beberapa hari. Sajian ini berasaskan ikan dan herba hutan. Makanan ini disediakan ketika pesta keamatan yang disambut 30 dan 31 mei setiap tahun.

2. Hinava

Hinava atau hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa dan merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun Sabah. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah isi ikan, biasanya ikan yang digunakan ialah ikan tenggiri.

hinava

Isi ikan ini biasanya akan dihiris halus dan bahan-bahan lain yang diperlukan ialah biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau nipis atau limau kapas dan sedikit garam mengikut rasa. Untuk menambahkan rasa yang lebih enak dauh saderi turut digunakan.

Isi ikan tidak perlu dimasak, hanya perlu diperah dengan air limau kapas atau limau kasturi. Selain itu, isi sotong atau udang juga boleh digunakan dalam penyediaan hinava ini. Hinava biasanya merupakan makanan istimewa semasa Tadau Keaamatan.

Selain itu, ia juga menjadi hidangan istimewa dalam majlis penting, seperti majlis perkahwinan, pertunangan dan lain-lain. Untuk mendapatkan hinava tidaklah sukar kerana kini banyak tempat makan yang menyediakan hidangan ini dengan harga yang berpatutan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.